Tuesday, October 30, 2012

Assalamualaikum.

Rasanya setiap orang mengandung mesti nak mengelak dari kena minum air gula ni kan? Masa mengandungkan Ammar dulu, saya tak kena minum air gula sebab masa tu umur belum 25tahun. Nurse kat Klinik Kesihatan tu cakap prosedur sekarang, ibu yang berumur atas 25tahun baru kena minum air gula. Jadi kiranya saya terselamatlah masa tu.

Untuk mengandung yang kali ni pula, dah doktor tu suruh pergi buat ujian ni, makanya terpaksalah saya buat juga walaupun hati tak rela. Kami pergi ke lab pagi-pagi lagi sebab kalau lambat buat ujian, lambatlah dapat makan. Bila dah daftar, kena ambil sampel urin dan lepas tu kena ambil darah. Lima botol kecil tu dia ambil, mak aih banyak betul!

Lepas dah ambil darah, kami dibawa ke satu bilik menunggu. Wah best betul! Boleh duduk lepak-lepak dalam bilik ni, memang selesa betullah. Tak adalah rasa terseksa sangat nak menunggu selama dua jam.  Lepastu staff tu pun datang balik bawak air botol kat bawah ini untuk saya minum. Banyak gak nak kena habiskan tu!

Saya terus minum air tu dalam sekali teguk je. Malas nak minum sikit-sikit, nanti mesti rasa nak termuntah. Boleh tahan juga la air ni, rasa oren, cuma manis sangat-sangat. Kalau yang kat Malaysia punya saya tak pastilah ada perasa ke tak.

Lepas dah minum, kitorang tunggu je la dalam bilik tu. Nasib baik ada bilik khas, so tak dapatlah Ammar nak merayau sakan. Dia duk main pusing-pusing je kat dalam bilik tu sambil main tablet.

Dah sejam, seorang staff lelaki datang dan ambil lagi darah saya. Dia buat ganas betul. Menggigil badan menahan sakit. Bayangkan la kapas kat tangan yang tutup kesan inject pertama tu direntap macam tu je. Pastu dia cucuk jarum pun laju dan kasar. Geram pulak rasanya. 

Lepas dah kena ambil darah yang kali kedua ni, terus badan rasa lemah je. Nak termuntah, tapi tahan. Nak tengok gelagat Ammar dalam bilik tu pun dah rasa tak larat. last2 Cik Abang bawak Ammar masuk dalam kereta. Dan tinggallah saya dalam bilik tu sorang-sorang untuk lagi sejam.

Bila dah cukup lagi sejam, datang lagi seorang staff untuk ambil darah. Staff yang sama yang ambil darah kali pertama. Dia buat tak sakit, lembut je. Dan rajin borak-borak. Hilang sikit rasa stress. Huhu. Bila dah setel semuanya, kami terus balik dan pergi makan kat luar. Tak ada mood la nak masak. Harapnya keputusan ujian tu OK.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates