Thursday, October 11, 2012

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak update tentang kehamilan kedua ni pula. Kalau mengikut kepada hasil scan baby, InsyaAllah Ammar akan dapat adik perempuan. Berbunga je rasa hati ni, sebab nak dapat anak sepasang.

Tadi kami pergi buat check-up ketiga dengan Doktor Myriam Dirassen. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma yang peliknya, berat saya cuma 58kg je. Macam tak boleh dipercayai! Masa kat Malaysia hari tu ada timbang gak, dan berat saya 60kg. Takkan berat turun kot? Rasanya sekarang memang tengah membulat dalam tahap yang hebat. Sampai nak letak gambar sendiri di blog pun rasa segan. Hehe.

Sejak minggu lepas, saya dah mula sakit-sakit pinggang dan belakang. Barulah terasa macam orang mengandung. Kalau sebelum ini saya tak rasa pun yang saya tengah mengandung, sebab tak ada alahan dan mual-mual, badan pun rasa sihat je. 

Tapi rupanya bila dah nak masuk minggu ke-26 kehamilan barulah nak rasa sakit-sakit tu semua. Nak buat kerja sikit pun mengah. Tapi kena kuatkan diri juga sebab nak menjaga Ammar yang tengah lasak ni. Kadang-kadang tu, 'termenangis' juga sebab penat sangat. Huhu.

Baby I.A pun dah aktif bergerak dalam perut ni, terutamanya bila saya dah baring nak tidur. Masa tu memang dapat rasa dia gerak-gerak, best! Ammar pun selalu je nak pegang-pegang perut ni. Bila saya cakap kat dia "Ammar, sayang Adik cepat", nanti dia terus je datang kat perut dan cium. Indahnya pengalaman ni! =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates