Check-up Irdhina Aneesa
Assalamualaikum.
Kalau dulu, blog Mahligai Cinta ini cuma penuh dengan cerita Izz Ammar je, tapi sekarang, akan diserikan juga dengan cerita pasal Irdhina Aneesa. Hari Selasa lepas kami bawa Irdhina Aneesa untuk check-up bulan kedua. Alahai, cepat je dah dua bulan dah budak bambam ni.
Macam biasa, sebelum nak ke mana-mana, Mama dan Papa kena siapkan dulu kedua-dua I.A ni. Nak siapkan budak berdua ni memang mengambil masa. Huhu. Bila Ammar dan Aneesa dah siap, barulah Mama dan Papa punya giliran pula. Tapi mulalah Cik Abang Ammar tu buat muka bosan macam kat bawah ni, huhu.
Untuk check-up kali ni, boleh pula Papa terlupa nak bawa duit tunai. Dan doktor tu pula tak terima kad kredit. Dia suruh Papa bayar bulan depan je, alahai baiknya hati doktor ni. Huhu.
Berat terbaru Aneesa adalah 5kg!! Patutlah lenguh tangan ni nak mendukung Aneesa lama-lama. Aneesa dah selalu senyum-senyum dah sekarangni. Pantang di agah sikit, mulalah nak menyengeh, hehe.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)