Monday, March 11, 2013

Assalamualaikum.

Sambil memangku Irdhina Aneesa yang tengah tidur dan bersedia untuk update blog, tiba-tiba datang idea ini untuk buat segmen "Aku Seorang Surirumah". Dalam segmen ini, saya nak kupaskan (macam kupas bawang) segala aspek tentang surirumah ini. Sebabnya, baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan mengenai isu surirumah ni. Soalannya begini, dan dia mahu jawapan yang jujur dari saya.

"Tak stress ke duduk rumah jaga anak je?" Masa baca soalan ini, apa yang terlintas dalam hati saya ialah "Gila kau tak stress!" Haha. Lepas tu saya pun jawab lah betul2, lebih kurang macam bawah ini:
Stress tu memanglah stress, tapi bukanlah hari2. Nanti dalam masa beberapa minggu, adalah satu hari yang aku rasa stress, moody, nak menangis je. Itu kiranya limit dah sampailah tu. Masa tu aku akan cakap kat Karim, suruh dia jaga anak atau bawa keluar. Aku pula duk rumah dan berendam dalam bath tub, pasang lilin, lepastu pakai baju lawa2 dan wangi2kan diri, then aku ok la balik.
Selalunya saya akan rasa stress ini bila Ammar tiba-tiba je asyik nak meragam tapi saya tak tahu dia nak apa. Dan juga bila tengok rumah bersepah macam tongkang pecah. Dua benda ini memang boleh membuatkan 'temperature' naik dengan serta-merta dan pertolongan Cik Abang sangat-sangat diperlukan untuk meredakannya balik.

Jadi, jangan fikir kami yang duduk rumah ni senang aja kerjanya. Kami pun stress juga tau. Kami pun ada masalah kami sendiri. Oh siapa lagi yang surirumah tu, jom bagi idea untuk segmen "Aku Seorang Surirumah" yang seterusnya. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates