Doa Untuk Anak Yang Lambat Bercakap
Assalamualaikum.
Setiap ibubapa mesti suka melihat perkembangan anak dari saat dilahirkan. Dari saat pertama anak pandai merangkak, berjalan, dan juga bercakap. Setiap anak lain perkembangannya. Ada yang cepat, dan ada yang lambat. Ada yang cepat berjalan, tapi lambat bercakap, dan sebaliknya.
Mama pun hadapi perkara ini juga. Ammar cepat berjalan, masa dia setahun memang dah berjalan. Tapi, kebolehan bercakap lambat pula walaupun masa umur Ammar sembilan bulan, dia dah cakap 'Allah, Allah, Allah' (Ammar cakap Allah ni berulang-ulang kali dalam masa 2-3 hari, tapi tiap kali Mama nak ambil video, Ammar akan diam). Tapi lepas dari itu, tak ada pula dengar perkataan2 lain dari Ammar.
Ammar sekarangni dah 21 bulan, dah masih belum bercakap. Mama tak adalah rasa risau pun, sebab Mama tahu perkembangan setiap anak berbeza. Dan Mama tahu Ammar faham apa yang orang cakapkan, Ammar boleh terima arahan, cuma bila nak bercakap, bahasa Jerman yang akan keluar.
Mama sebenarnya tak sabar nak dengar Ammar bercakap. Tapi nanti, mesti Mama sendiri rasa tak larat nak layan bila Ammar tak berhenti potpetpotpet. Hihi.
Ini Mama ada jumpa doa penawar untuk anak lambat bercakap yang dikongsikan di Facebook. Dan ini Mama nak kongsikan pula dengan pengunjung blog ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi maanfaat pada kita semua, insyaAllah.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)