Friday, March 22, 2013

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Daalm beberapa hari ini, mood saya tak berapa baik sebab sakit gigi. Tak tahulah apa sebab sakit pula kali ini. Kalau sebelum ini, berbulan-bulan menanggung sakit sebab ingatkan sakit gigi bongsu nak tumbuh. Tapi rupa-rupanya, gigi bongsu saya tumbuh senget sampai dah tolak gigi yang sebelahnya. Akhirnya, kena buat pembedahan buang gigi bongsu.

Bila dah buat pembedahan tu, saya ingat tak ada la sakit-sakit gigi lagi. Tapi rupa-rupanya, sakit juga lagi. Dugaan sungguh! Rasa nak ketuk je tukul besi kat muka ni bila sakit tu datang. Disebabkan tak tahan sangat, saya pun cakaplah dengan Cik Abang nak pergi jumpa doktor gigi. Kalau tak, jangan haraplah saya nak saja je suka-suka pergi jumpa doktor ye. Huhu.

Cik Abang pun telefonlah klinik gigi untuk buat appointment. Petang semalam kami pun bersiap-siap la untuk pergi. Bila dah sampai sana, rupa-rupanya Cik Abang dah tersalah faham fasal tarikh appointment. Kitorang kena datang minggu depan pula. Ishh susah betullah nak berkomunikasi dengan orang-orang sini. Sementara nak tunggu minggu depan ni, terpaksalah saya menahan sakit dulu.

Balik dari klinik, kami terus pergi ke Taman Jepun. Cik Abang nak ambil gambar dengan menggunakan lens yang baru dibeli. Ammar pun seronoklah dapat jalan-jalan di taman. Nanti saya upload gambar-gambar yang diabil di taman ye. Semoga berjumpa lagi, dan selamat berhujung minggu. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates