Monday, May 18, 2015

Assalamualaikum.

Ramai ibubapa yang takut nak berikan anak-anak mereka pen dan pensel sebab takut anak akan menconteng dinding rumah, sofa, katil, dan sebagainya. Tapi sebenarnya kita perlu bagi anak peluang untuk menconteng.

Ini penting supaya mereka dapat belajar cara untuk memegang alatan menulis dengan betul. Seterusnya ini akan membantu mereka untuk menulis apabila sudah masuk ke sekolah nanti. Jangalah hanya kerana kita mahukan rumah yang cantik, hak anak untuk belajar disekat.

Mula-mula, memang anak-anak akan sekadar menconteng sahaja. Tapi lama-kelamaan, kita dapat melihat mereka mula melukis sesuatu yang bermakna. Mungkin tanpa kita sedar, mereka sudah pandai melukis orang, kucing, bola, dan sebagainya.

Ini contoh lukisan yang Ammar buat semalam. Mula-mula dia cuma buat lukisan bulat-bulat. Dan akhirnya, dia melukis gambar ini.


Mama hanya biarkan dia melukis tanpa menegur atau memberikan cadangan. Dan selepas itu, Ammar lukis gambar di bawah ini pula. Cukup dengan dua tangan dan dua kaki. Alhamdulillah, dah cukup sifat orang ni. =)


Mama suka tengok anak-anak melukis. Dari situ Mamaa dapat melihat daya imaginasi mereka berkembang. Dan mereka bukan sekadar menconteng sebenarnya, tetapi mereka juga sedang belajar tanpa mereka sedar.

Dan selepas banyak lukisan yang terhasil semalam, Ammar terus menulis ABC tanpa disuruh. Sambil tulis, sambil dia membunyikan huruf-huruf tersebut mengikut kaedah fonik. Apa itu kaedah fonik? InsyaAllah Mama akan terangkan dalam entri seterusnya ya.

Jadi mak-mak dan ayah-ayah sekalian, cubalah beri anak peluang untuk menconteng ok? Sediakan alatan menulis untuk mereka dan lihatlah sendiri bagaimana imaginasi berkembang. Dan kita pasti akan tersenyum gembira.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates