Wednesday, May 13, 2015

Assalamualaikum.

Menjadi seorang ibu memang sesuatu yang menggembirakan. Tetapi seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, bila ada anak semuanya pun berubah. Dalam semua perkara, pasti anak yang akan diutamakan dahulu.

Tetapi, kita juga tak patut mengabaikan diri sendiri sepenuhnya. Kita kena jaga badan supaya sihat, kita perlu jaga penampilan supaya kekal menarik di mata suami, dan kita juga perlukan masa untuk bersendirian supaya dapat muhasabah diri.

Bayangkan jika 24 jam kita hanya berkepit dengan anak-anak kecil tanpa punya masa sendiri. Lama kelamaan emosi kita pasti akan terganggu. Dan tak mustahil jika seorang ibu menghadapi tekanan perasaan yang hebat jika keadaan ini berterusan.

Di sinilah pentingnya peranan suami untuk memberi peluang pada isteri mempunyai ruang masanya bersendirian. Suami perlu mencari masa yang sesuai supaya dapat menjaga anak-anak sementara isteri berehat sendirian ataupun untuk melakukan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan ketika sedang menguruskan anak-anak.

Jika seorang ibu diberikan peluang berehat seperti ini, pasti dia akan merasa gembira dan dapat memberikan perhatian yang lebih kepada suami dan anak-anak.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates