Wednesday, May 27, 2015

Assalamualaikum.

Rasanya sekarang ini hampir semua orang mempunyai akaun Facebook. Kalau dulu mungkin nampak pelik jika yang berpangkat atuk dan nenek pun ada Facebook, sekarang tak pelik dah. Dan ada juga anak-anak kecil yang sudah mempunyai akaun Facebook mereka sendiri.

Walaupun Facebook merupakan salah satu jenis media sosial, tetapi fungsinya bukan setakat itu sahaja. Kalau kita pandai guna, Facebook memang boleh beri banyak manfaat. Antaranya kita boleh menambah ilmu dari pelbagai bidang dan juga dapat menambah pendapatan.

Bagi Mama, buat masa sekarang Mama suka dapatkan ilmu berkenaan pendidikan awal kanak-kanak. Jadi Mama banyak sertai kumpulan-kumpulan yang berkaitan dengannya di Facebook. Mama juga akan LIKE mana-mana fanpage yang berkaitan dengan perihal anak-anak ini.

Selain itu, Mama juga selalu tambah kenalan di Facebook yang mempunyai minat yang sama. Dari sini Mama akan dapat pelbagai ilmu dan idea-idea baru untuk dipraktikkan bersama dengan anak-anak. Seronok sangat bila dikelilingi dengan orang-orang yang minatnya sama.

Lagipun sebagai seorang suri rumah, pergerakan dan pergaulan agak terbatas. Jadi kita gunakanlah media sosial untuk menambah jaringan. Jaringan ini juga penting kalau kita nak berniaga di Facebook. Lebih mudah untuk berkongsi dan berniaga bila rakan Facebook kita ramai.

Jadi, jangan segan untuk menambah kenalan di Facebook. Siapa yang sudi nak jadi kawan Mama? Jom 'add' Mama ye.
Ini LINK akaun Facebooknya: SITI BADARIAH BAHARIN

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates