Wednesday, May 06, 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini Mama dapat meluangkan masa untuk membuat aktiviti bersama anak-anak. Sepanjang cuti panjang yang lepas, kami pulang ke kampung. Jadi memang tak dapat nak buat aktiviti-aktiviti 'homeschooling' yang biasa dilakukan. Bila dah sampai semula ke rumah pada hari Isnin, saya agak sibuk selesaikan kerja-kerja rumah.

Dan akhirnya barulah pagi tadi dapat peluang. Walaupun agak penat selepas mengemas rumah, saya kuatkan juga diri. Jadi untuk hari ini kami cuma buat aktiviti yang mudah sahaja, iaitu mewarna menggunakan warna air.

Disebabkan sudah selalu menggunakan medium kertas, hari ini Mama beri anak-anak mewarna di atas medium pinggan kertas pula. Dan Mama cuma berikan mereka satu jenis warna sahaja, iaitu warna biru. Jadi sambil-sambil mewarna tu, saya ulang-ulang cakap "Ini biru", hanya sebagai pendedahan awal untuk proses mengenal warna.



Alhamdulillah anak-anak suka dengan aktiviti mudah ini dan dapat mewarna dengan elok. Selepas mewarna, Mama keringkan hasil kerja mereka. Dan InsyaAllah esok kami akan sambung buat aktiviti pada pinggan tersebut.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates