Ibubapa Adalah Guru Pertama Anak-Anak
Assalamualaikum.
Semalam saya ada hadiri personal coaching bersama dengan Puan Ashikin Hashim, yang merupakan penulis buku "Ibu Bijak Anak Bahagia". Anda boleh baca dulu perkongsian saya menjalani sesi personal coaching #icanteachmychild tersebut.
Antara perkara yang disebutkan oleh beliau adalah 'ibubapa adalah guru pertama anak-anak, dan rumah adalah sekolah pertama mereka'. Namun ramai ibubapa yang tidak sedar akan hal ini, dan meletakkan 100% urusan mengajar anak pada cikgu semata-mata.
Kita kena ubah persepsi ini dan mula ambil tindakan dalam mendidik anak-anak. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah membantu mereka memantapkan kemahiran motor kasar dahulu, dan kemudian mantapkan pula kemahiran motor halus mereka.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menguatkan kemahiran motor tersebut boleh juga digunakan untuk memperkenalkan anak pada abjad, nombor, dan warna. Ibubapa perlu bijak dalam memilih aktiviti untuk memastikan anak tidak berasa bosan.
Kita tahu yang semua anak-anak suka bermain. Permainan adalah dunia mereka. Jadi kita boleh gabungkan bermain dan belajar dalam masa yang sama. Ada pelbagai mainan yang boleh kita reka dan cipta sendiri.
Namun ada juga ibubapa yang lebih suka membelikan mainan yang sudah sedia ada, contohnya seperti blok kayu. Blok kayu yang berkualiti boleh digunakan untuk jangka masa yang lama dan boleh digunakan oleh anak-anak yang seterusnya pula.
Dan sebenarnya dengan hanya blog kayu sahaja pun, sudah banyak aktiviti yang boleh dibuat dengannya.

1 comments:
Ibubapa yang baik mengajar anaknya dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dibayar gaji..
REPLYGuru jangan mengambil kesempatan disebabkan ibubapa mengajar anaknya dirumah asas pendidikan..seperti mengajar anak mereka mengenal huruf abjad
Dan lain lain..
Supaya guru mudah mengajar ..disitu guru mengambil kesempatan ..mengatakan anak ni memang pintar..
Ingat wahai guru dirimu itu dibayar beribu ringgit...sedangkan ibubapa satu cent pun tidak dibayar
.pastikan dirimu mengajar bersungguh sungguh
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)