Tuesday, May 22, 2012

Assalamualaikum.

Dulu masa saya kecil2, maksudnya masa zaman sekolah rendah, saya ingatkan orang yang menyusukan anak dengan susu ibu ini adalah orang yang susah, yang tak ada duit. Dan orang yang bagi susu formula pula (terutamanya yang mahal2 tu) adalah orang2 kaya dan mampu. Tapi itu dulu la, masa zaman kanak2 yang tak tahu apa2. Bila dah mengandungkan Ammar dan banyak baca majalah Pa&Ma, barulah saya tahu tentang kelebihan susu ibu ini. Kelebihan yang ada ni tersangatlah banyak sehingga susu formula yang PALING MAHAL sekalipun tak akan dapat lawan. Yelar nak lawan dengan ciptaan Allah, manalah boleh, kan? Betul tak?

Bila dah tahu kebaikan susu ibu ni, teruslah saya pasang azam untuk menyusukan anak sehingga umur dia 2 tahun. Masa tengah mengandung tu pun memang dah sibuk2 nak beli pam susu, dan yang menjadi pilihan adalah Spectra3. Alhamdulillah sekarangni Ammar dah setahun, dan masih menyusu badan walaupun masa dia baru lahir dia dah disuap dengan susu formula.  Harapnya boleh terus menyusukan Ammar sekurang2nya sehingga umur dia dua tahun, InsyaAllah. [Boleh baca di sini>>My Breastfeeding Journey]

Walaupun menyusukan anak ni bagus, tapi hakikatnya, bukannya mudah. Banyak cabaran yang kena ditempuh. Mungkin sebab itulah banyak ganjaran yang Allah berikan pada ibu2 yang menyusukan. Dan kalau si ibu tak mampu untuk menyusukan anak, suami kenalah mencari ibu susuan. Bukan ke kat situ dah nampak betapa mulianya susu ibu ini? Tapi masih ramai yang mencemuh. "Eh jijiklah susu ibu" "Ishh apa ni menyusu depan orang? Tak malu ke?" "Bagi je la susu formula, kan senang bila kau nak keluar, boleh tinggalkan baby kat rumah"

Ya, sebenarnya benda kat atas inilah cabaran yang PALING BESAR dalam penyusuan susu ibu, iaitu persepsi orang sekeliling. Ini dari pemerhatian saya lah, mungkin bagi orang lain, lain pula pendapatnya. Kat bawah ni saya senaraikan ye cabaran2 dalam penyusuan susu ibu mengikut pemerhatian saya:

1) Orang Sekeliling:

Faktor paling penting, suami kena bagi sokongan 100%. Kalau suami jenis yang tak kisah, memang payah. Sebab itu golongan2 bapa pun sebenarnya kena tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu ini. Lepas suami, selalunya akan ada halangan dari ibubapa sendiri, dan ibubapa mertua. Selalunya bila baby menangis2, diorang akan kata "baby tak kenyang tu, susu kau je mana cukup, kena tambah dengan susu formula".  Dan tambah pula dengan kata2 dari kawan2 "Dah kerja nanti kau bagi je anak kau susu formula, senang! Tak payah nak pam2". Lepastu tambah pula dengan babysitter yang tak mahu jaga baby yang minum susu ibu, sebab katanya susah nak diuruskan.

Cubalah bayangkan untuk faktor ini je, dah berapa banyak benda si ibu kena hadapi? Alhamdulillah, saya bersyukur sangat2 sebab dapat sokongan dari Cik Abang. Dan walaupun masa mula2 dulu, Bonda ada juga kata susu saya sikit, Ammar tak kenyang. Tapi bila saya tetap degil dan terus mengepam sampai susu dah banyak, Bonda terus support saya. Dan siap ingatkan lagi masa untuk mengepam. Dan kalau jumpa orang pun, nampak je Bonda bangga cakap kat diorang yang cucu dia ni minum susu badan. Kalau dari keluarga mertua pun, saya tak hadapi masalah. Semuanya ok, Alhamdulillah. Kawan pun tak ada pula yang sibuk2 perli saya susukan Ammar, kalau ada yang cakap2 nanti, memang nak kena semburlah tu nampaknya. Hehe.


2) Bengkak Susu:

Benda ni saya kena masa dalam pantang. Memang sakit sangat2, sampai nak gerak sikit pun tak boleh. Masa tu, memang menangis je la kerjanya. Sakit nak bersalin pun tak menangis, ini sakit bengkak susu sampai nangis2. Oh tercalar sedikit keegoanku di situ. Hehe. Tapi memang betul, sakit bengkak susu ini memang lain macam. Dan kalau dah sampai demam plak, lagilah naya. Badan rasa panas yang melampau2. Kadang2 rasa macam untungnya lelaki, cuma perlu rasa sakit berkhatan je. Tapi perempuan? Sakit senggugut, sakit beranak, sakit bengkak susu. Jadi, jangan sesekali kata perempuan itu kaum yang lemah. Mungkin dari segi fizikal kekuatannya kurang dari lelaki, tapi dari segi lain, perempuan itu hebat. Kasih sayang seorang ibu, lagilah hebat! Sebab itu syurga di bawah tapak kaki ibu. =)


3) Sakit Belakang:

Sakit belakang ni saya akan kena bila Ammar menyusu lama2 tak nak lepas. Sabar je la. Kalau menyusu duduk, sampai terbongkok2 saya dibuatnya. Ok ini memang posisi menyusu yang salah. Tapi disebabkan malas nak cari tempat bersandar, tanggung je la akibatnya! Hehe. Tapi kalau menyusukan masa tengah2 malam, memang Cik Abg la yang jadi mangsa kena jadi tempat bersandar.


4) Puting Luka:

Maaf jika perkataan 'puting' tu buat sesiapa rasa tak selesa. Tapi inilah hakikatnya. Mula2 dulu luka sebab pam guna suction yang tinggi, tapi sekarangni ni pula luka sebab kena gigit.


5) Malu Nak Menyusu di Tempat Awam:

Atau nama yang lebih popularnya adalah "Nursing in Public" (NIP). Masa mula2 dulu, inilah yang paling saya risaukan. Sampaikan rasa kalau pergi jalan mana2 pun, tak boleh pergi lama2. Tapi sekarangni, dah ok dah. Yang penting kena yakin, dan nursing cover kena ada. Huhu.

Ada banyak lagi cabarannya, tapi saya dak larat nak taip. Apa kata kawan2 pula kongsikan cabaran yang dihadapi di bahagian komen kat bawah ini. Lepastu share kan entri ni di Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya supaya lebih ramai yang tahu tentang cabaran2 yang kita hadapi ini. Semoga mereka akan lebih memahami. Dan semoga lebih ramai yang akan berazam untuk menyusukan anak2 mereka kelak, InsyaAllah, sama2 kita doakan. ^_^

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates