Thursday, May 24, 2012

Assalamualaikum.

Ini cerita lama dah basi. Sebab apa dah basi? Sebab kitorang dah pergi ke Millau Viaduct ni sebulan yang lepas, dan baru sekarang nak letakkan gambarnya di blog. Hehe
.
Sedikit penerangan mengenai Millau Viaduct ni. Jambatan ini berada di selatan Perancis dan dibina merentasi Sungai Tarn. Jambatan ini berketinggian 300m dan beratnya 3600o tan. Direka oleh arkitek British, Lord Foster. 

Tiang yang kat bahagian tengah jambatan ini lebih tinggi dari Menara Eiffel! Menarik, kan?! Dan jambatan ini dibina hanya dalam masa tiga tahun. Hebat2. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang jambatan ni, tengok je kat Youtube. Tengok yang National Geographic Megastructure punya. 

Sebutan Millau ni kalau kita ikut lidah Melayu, mestilah kita sebut MIL-LAU, kan? Tapi saya baru tahu, rupa-rupanya dalam bahasa Perancis ni, bila ada dua "L", ianya akan bertukar jadi "Y". Jadi, Millau tu patutnya disebut "Miyau" <<macam ni la kot sebutannya, sila maafkan kalau salah. Almaklumlah, tuan blog tak masuk kelas bahasa Perancis lagi. hehe>>

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates