Wednesday, May 30, 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur pada-Nya. InsyaAllah bilangan ahli keluarga kecil kami ini akan bertambah. Izz Ammar nak jadi abanglong dah. Eh biar betul? Hehe. Ya, ini betul2 punya, bukan main2. Rezeki Allah bagi, kami terima dengan hati gembira. ^_^

Mula2 tu tak sangka gak yang saya dah 'berisi'. Tapi bila dah beberapa hari lewat datang bulan, terus jela buat pregnancy test, dan keputusannya positif. Bila pergi jumpa doktor, dia suruh buat ujian darah pula. Dan tadi baru dapat keputusannya, so barulah saya nak announce kat sini.

Setakatni belum ada lagi muntah2. Tapi badan memang cepat penatlah. Dan bila lambat makan sikit je, terus badan menggigil. So sekarangni stok makanan memang kena sentiasa ada. Bak kata saya kat Cik Abang, sekarangni Adik makan untuk tiga orang. Haha. Alasan paling munasabah untuk makan tanpa had! =P

Dan bila dah tahu tentang berita baik ni, terus senang je urusan kami untuk dapatkan rumah baru. Kalau tak sebelum ini, macam2 hal jadi. Malas nak cerita kat sini. Yang penting, dah dapat rumah baru, dan boleh pindah.

Sebab apa nak pindah? Sebab rumah yang kami duduk sekarangni tak berapa selesa. Masa musim sejuk hari tu, tingkap memang sentiasa berair dan sampai air tu meleleh2 ke lantai. Dinding rumah pun sampai berkulat. Dan rumahnya pun kecil je.

Dan bila kitorang memang dah berniat nak tambah bilangan keluarga, sebab tu lah nak kena cari rumah yang lebih besar dan selesa. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Tapi bila dah pindah nanti, tak tahulah bila akan ada line internet. So sementara tak ada internet tu, blog ini akan sepi sekejap la ye. Huhu.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates