Tuesday, October 06, 2015

Kenapa Perlu Pajak Emas di Ar-Rahnu?

Kita sering mendengar otai-otai emas bercakap tentang memajak emas di arrahnu. Cara mereka ialah memajak emas di arrahnu dan duit pajakan tersebut dijadikan modal membeli emas lain.

Apa yang sering bermain di minda saya ialah bila kita pajak emas di arrahnu dan duit pajakan tersebut digunakan untuk membeli emas lain, tetapi emas di arrahnu tersebut masih tetap kena bayar bila cukup tempoh pajakannya. Kita masih tetap kena bayar duit.

Jadi kenapa otai-otai ini nak pajak emas dan beli emas lain sedangkan apa yang boleh mereka buat ialah kumpul duit sikit-sikit dan bila cukup duit, belilah emas lain. Bukankah cara itu lebih bagus iaitu bermula dengan saving, kemudian baru beli emas berbanding daripada pajak emas yang mana akhirnya tetap kena keluar duit untuk tebus kembali emas tersebut.

Rupanya saya terlepas satu point penting mengenai teknik otai-otai ni. Mari kita sama-sama merungkai persoalan ini.

 

Harga Emas Semakin Meningkat

Semalam saya dan isteri menghadiri seminar BOP yang diberikan oleh otai emas En.Shamsul. Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam pajak-memajak ni. Alhamdulillah, BOP semalam telah membuka suatu misteri kenapa otai-otai suka pajak-memajak. Jawapannya adalah beli emas seawal mungkin!

Ya, bila kita ada duit, kita boleh terus membeli emas. Jika kita kumpul duit sikit-sikit dan bila dah cukup baru nak beli, sudah tentu harga emas segram sudah MAHAL berbanding waktu sebelumnya!
Kalau setakat kita beli segram dua kita tak nampak sangat bezanya. Tetapi bagi otai-otai ni, mereka melabur dalam beratus-ratus gram sehingga ada yang melabur ke tahap berkilo-kilo emas. Jadi kalau beli emas lagi awal, lagi banyak emas yang mereka boleh dapat.

Simpan Emas 1 gram/bulan

Bagi otai-otai emas, mereka menggunakan emas sebagai pelaburan. Buat masa ini, saya belum sampai ke tahap melabur seperti mereka. Ketika ini saya lebih selesa membeli emas 1 gram setiap bulan dan tujuannya adalah sebagai saving(simpanan). InsyaAllah bila tiba masa untuk melabur, mungkin saya akan manfaatkan teknik ini sebagai salah satu cara untuk memberanakkan emas.

Bagi sesiapa yang ingin membuat simpanan bulanan dari gaji, saya sarankan anda salurkan sedikit duit simpanan tersebut untuk membeli emas kerana harga emas sentiasa naik. Jika anda beli segram hari ini RM179, bulan hadapan emas segram anda insyAllah mungkin sudah bernilai RM187/gram. Dalam masa sebulan anda sudah untung RM8.

Klik sini untuk baca kisah saya dan isteri tukarkan duit raya anak kepada emas.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates