Bila Nak Bersalin Ni?
Assalamualaikum.
Makin hari makin terasa cepat pula masa untuk melahirkan Baby I.A. Tapi persediaan material (pakaian dan peralatan) memang belum buat pun lagi. Nak tunggu masa sale hujung tahun nanti kot. Persediaan mental untuk mendapatkan natural birth yang diidamkan pun baru je nak dimulakan. Sebab tu sekarang kena kurangkan blogging, dan fokus kepada perkara yang lebih penting dahulu.
Kalau diikutkan, tarikh jangka bersalin (EDD) saya adalah pada 16 Januari 2013. Kalau betullah Baby I.A nak keluar tarikh ini, memang kembang kuncuplah hidung Makteh dia (kakak saya) sebab sama tarikh lahir dengan dia. Tapi kalau lahir 19 Januari 2013, lagilah cantik! Sebab sama tarikh lahir dengan Cik Abang, bolehlah anak-beranak sambut birthday sama-sama. ^_^
Hurm, tapi kalau ikutkan hati mak buyung ni, kalau boleh nak Baby I.A keluar pada 1 Januari 2013, bolehlah jadi 'New Year Baby"! Apa-apapun, kita tunggu sahajalah bilakah saat itu tiba ye. Sementara itu, saya nak nikmati dulu saat-saat mengandung ini sepuas-puasnya. ^_^
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)