Tuesday, November 20, 2012

Assalamualaikum.

Setiap orang yang mengandung mesti nak tahu bila tarikh jangka bersalin, kan? Bukan setakat ibu mengandung je, suami, ahli keluarga, dan kawan-kawan pun mesti nak ambil tahu juga bila bayi baru bakal dilahirkan. Itu yang masing-masing sibuk nak tahu cara kira tarikh bersalin. Hehe.

Kenapa penting untuk kita tahu tarikh jangka bersalin? Tarikh ini penting sebab memudahkan kita untuk merancang jadual cuti, merancang jadual perjalanan dan percutian, merancang kewangan, dan macam-macam lagi. Dan jangan lupa perlu juga merancang persedian menyambut bayi dan keperluan ibu berpantang.

Tapi kita harus ingat ya, yang tarikh ini hanyalah tarikh jangkaan semata-mata, bukannya TARIKH WAJIB untuk bayi itu lahir. Dah nama pun tarikh jangkaan bersalin (estimated due date -EDD). Jangan sampai kalau dah terlambat satu hari pun dah risau semacam sampai nak pergi jumpa doktor untuk induce (seperti kes saya masa bersalinkan anak pertama dulu). Kawan-kawan semua jangan jadi macam saya ya. Bagi bayi masa untuk matang sepenuhnya dalam perut ibu. ^_^

Ok berbalik kepada tajuk asal, iaitu cara kira tarikh bersalin. Untuk kira tarikh jangka bersalin (EDD), kita perlu tahu tarikh hari pertama kita datang haid buat kali terakhir (last menstrual period - LMP). Kita perlu tambah 7 hari, tolak 3 bulan, dan tambah 1 tahun untuk tarikh tersebut. Contohnya hari pertama LMP kita adalah pada 9 April 2012, maka tarikh jangka bersalin adalah:

9 + 7 hari = 16
4 - 3 bulan = 1
2012  + 1 tahun = 2013

Dan hasilnya adalah 16 Januari 2013. Tapi harus diingat yang pengiraan macam ini hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid (menstrual cycle) sebanyak 28 hari. Macam saya, sebelum mengandungkan Ammar, memang kitaran haid tetap 28 hari. Tapi sejak bersalin, kitaran haid jadi tungang-langgang, dah jadi dalam 30 hari. Jadi susah sikit nak kira secara manual.

Kalau pening nak kira manual, saya cadangkan guna calculator online yang disediakan DI SINI, sebab boleh kira berdasarkan tarikh kitaran haid individu. Kalau calculator di web-web lain selalunya menggunakan kitaran 28 hari. Selamat mengira ye semua!

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates