Friday, November 02, 2012

Assalamualaikum.

Nampak gayanya entri tentang 'Pengalaman Pertama Minum Air Gula' ni telah membuatkan ramai rakan-rakan blogger yang salah faham. Salah saya sendiri, sebab tak terangkan tentang ujian ini betul-betul. Maaf ye. Meh sini saya terangkan secara lebih mendalam ya.

Ujian yang saya buat hari tu dinamakan 'Oral Glucose Tolerance Test (OGTT)'. Ujian itu dijalankan untuk mengenalpasti samaada seseorang itu ada diabetes atau tidak. Sebabnya perempuan mengandung lebih tinggi risikonya untuk mendapat kencing manis, dipanggil sebagai 'Gestational Diabetes'. Selain kencing manis, perempuan mengandung juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat darah tinggi.

Mesti ada yang rasa pelik, kenapa perlu minum air gula kalau nak check ada kencing manis atau tak. Kalau dah minum air gula, mestilah paras gula tinggi, kan? Ok kita belajar sikit tentang pengawalan paras gula (glucose) dalam badan kita ye.

Bila kita makan, sistem penghadaman kita akan bertindak untuk pecahkan makanan tu kepada molekul-melekul kecil. Dan molekul yang paling kecil untuk karbohidrat adalah 'glucose'. Bila ada glucose dalam salur darah, pankreas akan hasilkan hormon insulin untuk masukkan balik glucose ke dalam sel-sel badan. 

Dalam keadaan optimum, insulin-insulin ini akan berjaya masukkan balik glucose ke dalam sel badan. Tapi bila kita ada penyakit kencing manis, insulin yang dihasilkan samaada tidak mencukupi ataupun tidak berfungsi dengan baik. Jadi glucose akan tetap berleluasa dala salur darah kita, dan bacaan glucose akan tinggi dari paras normal bila kita ukur kandungan gula dalam darah.

Jadi berbalik kepada kes minum air gula tadi. Apa yang kita minum adalah 'concentrated glucose'. Yang masuk ke dalam badan kita adalah glucose, yang tak perlu dipecahkan lagi kepada molekul yang lebih kecil. Jika kita bebas dari diabetes, insulin dalam badan kita boleh normalkan balik paras gula dalam darah ini. Tapi kalau insulin kita tak cukup atau tak berfungsi dengan baik, makan tinggilah bacaan gula kita nanti. Ok, rasa-rasanya boleh faham dah tak kenapa kena minum air gula untuk buat ujian ini?

Best juga buat entri ini. Dapat saya recall balik apa yang pernah saya belajar dulu. Dulu susah betul nak faham fasal diabetes ini. Tapi bila dah faham, syok! Oh ye, kalau siapa-siapa yang dah jalankan ujian ini lepastu bacaan gula tinggi, jangan terus nak ambil ubat je ye. Dapatkan dulu ujian-ujian seterusnya, sebab kadang-kadang ujian tu tak tepat pun. Sebenarnya ada 'guideline' yang perlu diikut sebelum boleh diagnos seseorang itu ada diabetes atau tak. Tapi untuk buat entri ini saya tak rujuk pula guideline tu. Dah lupa pun kat mana letak sebenarnya. Hehe.


Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates