Monday, November 05, 2012

Assalamualaikum.

Selamat memulakan hari baru, minggu baru. Cepat betul rasanya cuti seminggu Cik Abang dah habis. Tup-tup esok dah mula balik kelas, mula balik rutin sebelum ni. Untuk cuti seminggu ni kami tak berjalan ke mana-mana sangat pun. Tak macam cuti tahun lepas, kami pergi bercuti di Paris.

Untuk cuti kali ini pergerakan agak terhad sebabnya hari Isnin lepas saya kena pergi buat ujian air gula, dan hari Selasa pula Cik Abang ada urusan di Prefecture (buat Carte de Sejour). Hari Rabu tu pula kami pergi beli barang-barang makan dan barang keperluan rumah. Dan esoknya barulah berpeluang nak pergi ke African Safari, itupun pergi mengejut je sebab tengok cuaca elok tak hujan.

Hari Sabtu baru kami bergerak jauh sikit untuk melawat Cahors dan Saint Cirq Lapopie, nanti saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam entri seterusnya ya. Jadi itulah sahajalah yang kami dapat buat dalam masa seminggu cuti ni. Tak banyak berjalan, tapi tetap puas sebabnya dapat luangkan masa berkualiti bersama keluarga. ^_^

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates