Friday, November 16, 2012

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Dah dua minggu blog ini cuma di update dengan entri Wordless Wednesday je, sebabnya tuan tanah tak ada idea nak update blog. Dengan erti kata lain, mood malas! Hehe.

Seperti yang saya tulis dalam entri yang ini (Cuti Dah Habis), kami ada pergi jalan-jalan di Cahors. Cahors ni merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong di Perancis, dan terkenal disebabkan wine nya.

Kami pergi ke sini hari Sabtu, dan bertolak seawal pukul 7 pagi. Awal betul, kan? Sekarangni kalau nak ke mana-mana kena bergerak awal, sebab masa siangnya singkat, malam yang panjang. Tak best la pula nak berjalan malam-malam kan, tak nampak apa-apa pun. Huhu.

Kami sampai dalam 8.30pagi, dan ada nampak satu tempat strategik untuk ambil gambar. So terus je berhentikan kereta dan ambil-ambil gambar. Yang bestnya time pagi-pagi macam ni, tak ramai orang. Jadi senang sikit nak bergambar, tak segan!

Bila dah puas berangan jadi model kat sini, kami pun bergerak ke kawasan parking. Lepastu sarapan dulu dengan bekalan makanan yang dibawa, dan sambung balik sesi tangkap-tangkap gambar. Ada banyak sebenarnya tempat menarik kat Cahors ni kalau mengikut kepada web INI, tapi kami cuma pergi tengok Pont Valentre je.

Jambatan ini dibina pada tahun 1308 dan hanya siap pada tahun 1379. Lama juga tu kan? Huhu. Dari sini, kami bergerak ke Bouzies dan Saint Cirq Lapopie pula. Yang tu saya cerita di next entri ya? =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates