Amalan Mencantikkan Diri Buat Muslimah
Assalamualaikum.
Sedar tak sedar, Ramadhan sudah pun berada di penghujung dan bakal meninggalkan kita. Semoga masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang mulia ini pada tahun hadapan. Sekarangni, mesti ramai yang tengah membuat persiapan terakhir raya, kan? Kami di sini biasa-biasa je, tak terasa macam suasana raya sangat pun, sebab berada jauh di perantauan.
Buat kaum Hawa, bila dah nak dekat raya ni, kebanyakkannya akan cuba untuk tampil bergaya. Semua nak lengkap dari atas ke bawah. Kecantikan diri mesti diutamakan, ye tak? Hehe. Oklah, di sini Mama nak kongsikan amalan-amalan yang boleh kita praktikkan setiap hari untuk mencantikkan diri.
1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berdzikir, dan berdoa.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah SWT melalui zikir dan doa.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)
4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Oklah, itu sahaja buat hari ni. Mama nak kemas-kemas rumah sikit untuk ambil 'feel' raya.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)