Tuesday, August 13, 2013

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri buat semua. Dah beberapa hari masuk bulan Syawal, baru hari ni terasa nak update cerita pasal raya di blog ini. Cerita beraya di perantauan ni mestilah kena letak di blog, sebab ini pengalaman pertama kami Raya Aidilfitri di sini.

Alhamdulillah, meriah juga beraya di sini walaupun jauh dari keluarga dan saudara-mara. Untuk juadah jamuan raya, kami bahagi-bahagi tugas untuk memudahkan kerja. Saya pilih untuk buat kuah kacang dan nasi impit. Saya mula rebus nasi impit dari pukul 6 petang, sampai ke pukul 3 pagi. Lepastu, baru buat kuah kacang. Ya, jadi burung hantu malam tu. Paginya tu saya ada lah juga ambil masa untuk tidur sekejap.

Pagi raya tu, kelam-kabut jugalah kami nak potong nasi impit dan nak bersiap. Biasalah, bekerja dengan dua orang anak kecil, memang hura-hara sikit jadinya. Hehe. Sebelum keluar rumah, sempat juga bersalam raya. Ammar tengok je Mama salam Papa. Lepastu dia terus datang dan peluk Mama dia ni. Wah, terharu! Ok, duit raya pergi minta kat Papa ye. Hehe. =)

Jamuan raya kami ini dibuat di dewan IAS, di rumah lama kami. Berkumpul ramai-ramai macam ni, memang sedap dapat makan macam-macam dan berborak. Sebelum ini saya selalu terbayangkan yang saya akan menangis teruk di pagi raya, tapi rupanya tak! Ok, mungkin saya dah jadi bertambah kental sejak ada anak dua ni.

Apa-apa pun, jomlah layan gambar raya ini ye. Ini raya sempoi namanya.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates