Friday, August 02, 2013

Assalamualaikum.

InsyaAllah kurang dari 100 hari lagi kita semua akan bertemu dengan bulan Ramadhan jika masih panjang umur kita. Rasanya macam baru je berlalu Ramadhan yang sebelum ini, kan? Bagi yang ada hutang puasa, dah ganti ke? Kalau belum, kenalah rancang bila nak mula mengganti puasa. Memang dah boleh mula dah ni. Kalau buat lambat-lambat, takut tak sempat pula.

Sebenarnya berpuasa di luar bulan Ramadhan ni lebih mencabar, kan? Ye la dah lah kita seorang je yang berpuasa, yang lain-lain tu sedap je makan dan minum tanpa segan. Memang mencabar! Kalau tak kuat iman, rasanya memang boleh 'terbuka puasa'. Hehe.

Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak, mesti risau penghasilan susu ibu berkurangan semasa berpuasa. Bila susu sikit, anak pun tak puas minum dan asyik merengek. Dan mungkin juga anak akan asyik nak mengempeng je dengan ibu sebab nak hisap susu lama-lama sampai kenyang. 

Tapi selalunya bila dah petang-petang tu, memang susu dah makin sikit. Si ibunya juga mungkin dah lemah badan menggigil-gigil sehingga terpaksa berbuka puasa.

Jadi macam mana nak atasi benda ni? Ada tak tips yang boleh dipraktikkan supaya si ibu tetap boleh mengganti puasa sebelum Ramadhan seterusnya tiba? Mungkin tips mudah di bawah ini dapat membantu.

1. Berpuasa selang-selang hari

Untuk ganti puasa ini, bolehlah ibu menggantinya secara selang-selang hari. Tidak perlulah dibuat sekaligus kesemua hari yang perlu diganti. Ini bagi membolehkan badan ibu 'recover' balik dari proses berpuasa sambil menyusukan anak yang sememangnya amat mencabar. Sebab itulah lebih baik kalau dapat ganti puasa lebih awal. Supaya boleh buat secara selang-selang hari.

2. Minum air yang banyak sepanjang malam dan sehingga ke waktu imsak

Ibu kena minum air yang banyak sepanjang tempoh tersebut untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu. Jumlah air yang perlu diminum adalah lebih kurang sebanyak 2L. Minum air kosong tau, bukannya air berkafein ataupun air manis.

3. Makan makanan yang berkhasiat dan jika perlu, ambil suplemen

Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang berat dan berkhasiat semasa bersahur. Banyakkan juga memakan kurma kerana ianya dapat memberikan tenaga kepada ibu dan membantu membanyakkan pengeluaran susu. Jika perlu, ambil suplemen untuk melengkapkan nutrisi badan dan memberi tenaga. 

4.Sediakan stok susu perahan sebelum memulakan sesi mengganti puasa

Adalah lebih elok jika ibu-ibu dapat menyediakan stok susu perahan yang secukupnya sebelum memulakan sesi mengganti puasa. Pastikan juga anak boleh minum susu perahan dengan menggunakan botol susu ataupun cara-cara lain. Susu perahan ini bolehlah diberikan pada anak apabila ibu mula merasakan yang kuantiti susu sudah semakin sikit ataupun apabila mellihat anak masih kelihatan lapar walaupun sudah lama menyusu badan.

5. Sematkan di minda yang ibu mampu untuk berpuasa dengan bertenaga

Semuanya bermula dari minda kita. Jika dari awal lagi kita dah cakap tak larat nak ganti puasa, maka itulah yang kita akan lalui. Sebaliknya, tanamkan di minda bahawa kita mampu untuk berpuasa dan akan tetap dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk si manja.

Selamat mengganti puasa ye semua.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates