Friday, August 02, 2013

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, dah hampir habis pun bulan Ramadhan kali ini. Ramadhan tahun ini sangat berbeza bagi kami sebab ini pertama kali berpuasa di negara orang. Cabaran berpuasa yang agak hebat kerana berpuasa dalam musim panas. Berpuasa dalam tempoh yang panjang dan dalam cuaca yang panas, membuatkan kami cepat letih.

Kalau di Malaysia ramai yang membeli juadah berbuka puasa di bazar, tapi kami di sini kena masaklah tiap-tiap hari. Teringin nak makan sesuatu, kenalah cari resepinya, dan buat. Dan sejak kebelakangan ini, saya berminat pula nak buat kek. Dah berjaya buat kek red velvet, sedap! Eh, masuk bakul angkat sendiri. Hehe. Rainbow cake pun saya dah cuba buat, tapi tak jadi. Tak tahulah mana silapnya.

Setakat hari ini, saya belum dapat lagi mood beraya. Tak tahulah kenapa. Tak nak fikir sangat fasal raya pun sebenarnya. Nanti sedih! Lagu-lagu raya pun saya tak ank dengar, begitu juga dengan iklan raya, malas nak tengok. Nanti tak fasal-fasal banjir pula di Toulouse ni. Huhu.

Rasanya sekarangni mesti ramai rakan blogger yang akan balik ke kampung. kan? Bawa kereta elok-elok ye. Tak lari pun ketupat dan rendang yang nak dikejar tu. Yang penting semua selamat sampai ke destinasi.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates