Petua Lama Untuk Melebatkan Rambut
Assalamualaikum.
Bila lepas mandi je, penuh lantai bilik air dengan rambut yang gugur. Sampaikan rasa macam tak nak mandi dan tak nak basuh rambut je!
Rambut Adalah Mahkota Wanita
Rambut adalah mahkota wanita, betul kan? Setiap wanita menginginkan rambut yang cantik menawan dan selalunya mereka tidak teragak-agak untuk berbelanja bagi menjaga kecantikan rambut.
Selain daripada menggunakan pelbagai jenis produk yang berada dalam pasaran dan melakukan rawatan rambut di salun, kita juga boleh mendapatkan rambut yang cantik dengan menggunakan petua orang-orang dulu. Petua lama ini kebanyakkannya berkesan jika diamalkan dengan betul dan secara konsisten.
Terdapat pelbagai petua melebatkan rambut yang boleh kita gunakana. Di sini Mama kongsikan beberapa petua tersebut, dan anda bolehlah memlilih petua mana yang paling sesuai untuk anda amalkan. Yang pasti, petua-petua untuk melebatkan rambut ini memang sangat mudah untuk dilakukan. Jom kita tengok petua orang-orang lama ini!
- Anda cuma perlu ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan rendamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian, embunkan waktu malam. Pagi esoknya perah limau nipis tersebut bersama bahan yang telah diembunkan. Seterusnya basuh rambut anda dengan air campuran tersebut dan biarkan selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih.
- Ambil sebiji kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan perahan tadi sehingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Kemudian, cuci sehingga bersih.
- Campurkan minyak bijan bersama dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Campuran ini akan mengharumkan minyak tersebut. Lumurkan minyak tersebut ke rambut dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas menggunakan air. Untuk mengelakkan rambut dari berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.
- Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.
- Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.
- Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.
- Ambil sebiji nenas dan kisar sehingga menjadi jus. Kemudian, biarkan semalaman dan barulah dilumur ke rambut dan dibiarkan selama setengah jam. Amalkan petua ini tiga kali seminggu.
- Rendam tiga sudu serbuk teh bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan campuran tadi semalaman. Kemudian sapukan pada kuit kepala dan dibiarkan selama satu jam sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
Macam mana, dah buat pilihan nak cuba petua yang mana? Pilihlah mana yang paling senang, dan cuba amalkan.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)