Thursday, August 13, 2015


Masyarakat sering mengungkap perkataan dinar dan hanya mengetahui ianya adalah emas. Malangnya mereka kurang memahami secara terperinci apakah itu dinar. Kali ini, saya nak kongsikan mengenai dinar yang dikeluarkan oleh syarikat yang menjual produk emas.

Dinar unit ukuran bagi berat?

Konsep fizik menyatakan berat adalah suatu kuantiti skala yang mana ia hanya mempunyai magnitud sahaja dan tidak mempunyai arah pergerakan magnitud tersebut. Lazimnya unit berat yang sering kita dengar adalah gram dan kilogram bagi sistem metrik atau ounce(oz),pound(lb) dan slug bagi sistem imperial (sistem British).

Begitu juga dengan dinar, ia melambangkan suatu kadar kuantiti berat yang tetap bagi logam emas. Apabila kita ada 1 syiling dinar, bermakna kita mempunyai emas seberat 1 dinar. Tetapi berapakah berat 1 dinar di dalam unit gram? Kita sukar membayangkan berapa banyak 1 Dinar itu sehinggalah kita tahu kesetaraan 1 dinar dalam unit gram.


4.25 gram

Dinar adalah berbentuk syiling atau coin yang di perbuat daripada emas. Berat bagi 1 syiling dinar adalah 4.25gram. Maka dengan mengetahui berat tersebut dapatlah kita bayangkan berapa nilai syiling 1 dinar dalam matawang Malaysia (atau matawang dunia umumnya).

10sen, 20sen, 50sen

Seperti duit syiling Malaysia yang bernilai 10sen, 20 sen dan 50sen, syiling dinar juga ditempa dalam pelbagai nilai. Kebanyakan emas dinar yang dijual di pasaran adalah dalam nilai 1 dan 2.


Kualiti Dinar

Harus di ingat, terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dinar emas yang berlainan kualiti emasnya. Nilai dinar emas yang tinggi adalah dinar yang mempunyai kualiti yang tinggi.

Antara kualiti emas yang berada di pasaran adalah 999.9, 916 dan lain-lain. Nombor-nombor ini menunjukkan peratusan kandungan emas yang terkandung dalam syiling dinar tersebut.

Lagi tinggi peratusannya, lebih mahal nilai syiling dinar tersebut. Di ringkaskan 1 dinar emas (999.9) lebih tinggi nilai harganya berbanding dengan 1 dinar (916).


Kesimpulan

Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates