Tuesday, August 04, 2015

Assalamualaikum.

Kali ini Mama nak berceritakan mengenai sesi personal coaching bersama Puan Ashikin Hashim yang Mama hadiri semalam. Beliau merupakan seorang penulis buku, dan buku di bawah ini buku hasil tulisan beliau.


Coaching yang Mama ikuti ini adalah untuk modul #icanteachmychild. Fokusnya adalah untuk memberi kesedaran kepada ibubapa bahawa merekalah guru pertama untuk anak-anak dan rumah adalah sekolah pertama bagi mereka.

Dalam sesi semalam, Puan Ashikin banyak berkongsikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bersama anak-anak untuk membantu mereka belajar membaca. Proses mengajar ini sepatutnya dimulakan sejak bayi lagi, dan bukannya hanya apabila anak sudah masuk ke tadika.


InsyaAllah selepas ini Mama akan lebih konsisten dalam memberi didikan pada anak-anak di rumah. Semoga Mama akan lebih bersabar dalam mendidik mereka. InsyaAllah Mama akan kongsikan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan di rumah.

Semoga dengan perkongsiaan Mama di blog ini dapat memberi semangat kepada ibu-ibu lain untuk memulakan sesi pembelajaran anak di rumah, InsyaAllah. Amin.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates