Tuesday, August 25, 2015


Adakah anda sudah membaca entri tentang inflasi? Jika belum anda boleh baca di sini. Topik kali ini berkait rapat dengan inflasi.
Dari semasa ke semasa, inflasi pasti berlaku. Kenaikan ini memberi kesan secara terus kepada kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makanan dan sebagainya.

Tinggi mana kenaikan kos tu?



Jadual 1  menunjukkan kos tahunan yang perlu bakal haji tanggung bagi menunaikan haji. Disini kita dapat lihat kosnya semakin meningkat dari bermula dari tahun 1997 hingga ke tahun 2014. Tabung haji telah mengumumkan kos menunaikan haji pada tahun ini adalah kekal seperti tahun lepas iaitu RM998013.
Tetapi tidakkah kita pelik kenapa di era 2015 ini kos menunaikan haji hanya RM9980? Kan inflasi kian meningkat. Ia seolah-olah dari 2009-2015 tiada inflasi pula. Kos menunaikan umrah saja pun sekarang sudah mencecah purata RM7000 seorang. PELIK KAN?

Tabung Haji Penyebab Kos Haji Menjadi RM9980

Kita seharusnya bersyukur kerana wujudnya Lembaga Tabung Haji di Malaysia. Untuk rekod, jadual 1 yang ditunjukkan di atas bukanlah kos sebenar yang bakal haji tanggung, sebaliknya ia adalah harga selepas subsidi. Ya...pergi haji pun ada subsidi.
Tabung haji sebenarnya menampung sebahagian dari kos perbelanjaan sebenar bagi setiap bakal haji untuk meringankan beban kewangan mereka. Anda jangan terkejut jika saya katakan bahawa kos sebenar menunaikan haji untuk tahun ini adalah RM17,270.
Segala butiran kos sebenar serta nilai subsidi yang di tanggung oleh Tabung Haji  untuk setiap bakal haji di tunjukkan dalam jadual 2.


Untuk memastikan kos yang perlu dibayar oleh bakal haji sama seperti tahun sebelumnya, Tabung Haji telah mengeluarkan dana syarikat sebanyak RM7290 sebagai subsidi. Walaubagaimanapun, pemberian subsidi ini terhad untuk bakal haji yang belum pernah menunaikan haji sahaja.


Kesimpulan

Kos untuk menunaikan haji kian meningkat hari demi hari. Pemberian subsidi bukanlah suatu jaminan bahawa masyarakat islam di Malaysia dapat menunaikan rukun islam ke-5 ini dengan kadar kos yang murah berbanding dengan negara-negara lain.
Dapat dilihat dari Graf 1 kadar kenaikan bagi kos sebenar adalah tinggi setiap tahun. Anggaran purata kenaikan setiap tahun diantara RM800 hingga RM1000. Pada suatu masa nanti pasti akan berlaku kenaikan kos bayaran untuk bakal haji akibat dari kenaikan kos sebenar.
Maka kita seharusnya bijak merancang kewangan dari awal bagi memastikan apabila nama kita terpilih sebagai bakal haji kelak, kita sudah tiada masalah kewangan.
Di entri seterusnya saya akan mengajar satu teknik bagaimana merancang kewangan dengan kos yang rendah sebagai persediaan mengerjakan haji di masa hadapan.
Sumber Rujukan:
  1. http://kakisakat.blogspot.com/2008/12/alahai-tabung-haji.html
2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Jemaah_Haji_Malaysia_2009
4. http://www.tranungkite.net/lama/c09/salmah52.htm
5. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
6. http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=246806
7. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
8. http://www.kln.gov.my/web/sau_riyadh/n2008/-/asset_publisher/ME2g/blog/kuota-haji-kekal?redirect=%2Fweb%2Fsau_riyadh%2Fn2008
9. http://cdanhash.blogspot.com/2011/02/bonus-tabung-haji-2010-550-peratus.html
10. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kos-tunai-haji-kekal-rm9980
11. http://www.mysumber.com/kadar-harga-tambang-tunai-haji-tahun-2013-jumlah-rm9980.html
12. http://scaniaz.blogspot.com/2014/03/terbaru-harga-tambang-kos-tunai-haji-di.html
13. http://www.mysumber.com/harga-kos-tunai-haji-tahun-2014-tidak-mencecah-rm10-ribu.html



Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates