Friday, August 21, 2015

Assalamualaikum.

Tahun depan Ammar dah masuk 5 tahun. Dah memang kena hantar ke tadika. Jadi sekarang ini kami tengah dalam proses nak pilih tadika buat Ammar.

Untuk setakat ini memang Mama berminat dengan tadika ABS. Selalu sangat tengok aktiviti-aktitiviti yang dijalankan oleh tadika ABS ini di Facebook.

Semalam kami dah pergi melawat tadika ABS di sini. Dah bertanyakan macam-macam pada pengetuanya. Dan Alhamdulillah, Mama memang sangat-sangat berpuas hati dengan tadika ini.

Pertama, tadika tidak terlalu tekankan pada akademik. Mama tak berminat pada tadika yang hanya tekankan anak-anak untuk cemerlang dalam akademik, tetapi tidak membantu untuk menambah kemahiran hidup (life skills) anak-anak.

Kedua, tiada kerja rumah untuk anak setiap hari. Kasihan kan kalau anak-anak yang masih kecil lagi sudah dibebankan dengan kerja rumah setiap hari. Nanti anak-anak boleh jadi benci pada sekolah dan tak berminat untuk menuntut ilmu.


Ketiga, penggunaan Bahasa Melayu Tinggi di tadika. Di tadika ini, anak-anak lelaki akan dipanggil dengan gelaran Tuan Muda, dan anak-anak perempuan pula dengan gelaran Cik Puan Muda.

Itulah antara tiga sebab Mama suka tadika ABS. Tapi semalam Ammar menangis pula bila di sana. Dia tak nak masuk sekolah la tu. Hihi.

Apa-apa pun, belum rasmi lagi nak masukkan Ammar ke sana atau tak. Masih perlu melihat beberapa tadika lain dahulu sebelum membuat keputusan.

Semoga apa yang kami pilih nanti adalah yang terbaik buat Ammar. Amin.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates