Friday, August 05, 2016

Bagi yang ingin mendaftar sebagai ahli atau stokis Powergold, mesti nak tahu apa kelebihannya yang boleh anda dapat. Jadi kali ini, saya nak kongsikan pelbagai jenis bonus yang ditawarkan.

1. Sponsor Bonus (Bonus Tajaan)

Bonus tajaan diberikan apabila kita menaja orang baru ke dalam rangkaian. Ini merupakan upah kepada kita kerana memperkenalkan orang baru kepada Powergold.

Bonus ini hanya diberikan setakat Level 1 dan 2 sahaja. Level 1 adalah orang yang kita taja, dan Level 2 adalah orang yang ditaja oleh Level 1 kita.

Tiada had dikenakan untuk menaja orang baru. Bonus tajaan adalah berdasarkan pakej yang diambil oleh orang yang baru mendaftar tersebut dan juga samaada dia berada di Level 1 atau 2.
Ringkasannya seperti jadual di bawah:


2. Repurchase Bonus (Bonus Belian)

Bonus ini diberikan apabila ada pembelian emas dibuat, dan dibahagikan kepada empat jenis:

(a) Personal Repurchase Bonus
Apabila kita beli 1gram emas, kita akan dapat RM1 bonus belian. Kalau beli 10gram, dapatlah RM10 bonus.
(b) Repurchase Sponsor Bonus
Apabila Level 1 kita beli 1gram emas, kita sebagai direct sponsor akan dapat RM1.
(c) Repurchase Unilevel Bonus
Untuk bonus ini, kita akan dapat 20% dari setiap gram belian bagi ahli Level 1 hingga 5.
(d) Repurchase Matching Bonus
Bonus ini pula, kita akan dapat sebanyak 20% daripada repurchase unilevel bonus(c).
*Bonus (c) dan (d) hanya layak untuk mereka yang membuat belian sekurang-kurangnya 1gram emas dalam sesuatu bulan.

 

3. Pairing Bonus

Dalam Powergold, kita boleh buka tiga kaki sahaja, iaitu kaki A, B,dan C. Orang keeempat dan seterusnya perlu diletakkan di bawah kaki A atau B (terpulang nak susun bawah kaki A atau B). Manakala kaki C pula dibiarkan kosong kerana ini adalah kaki pasif.

Satu pasangan dikira apabila kaki A berpasangan dengan kaki B. Satu pasangan ini akan diberikan bonus sebanyak RM30.

Namun jika kaki C menaja ahli, bonus pairing seterusnya akan jadi RM5 sahaja sampai bila-bila. Jadi, jangan letak ahli baru di bawah kaki C tau!

Bonus pasangan ini dikira secara harian. Dan maksimum pasangan setiap hari adalah berdasarkan pakej yang diambil (rujuk jadual di bawah).


Jika pair yang berlaku sehari melebihi nilai maksimum sesuatu pakej, maka lebihan pasangan untuk hari tersebut akan berlaku 'flushing'.

Bonus ini tiada had. Selagi ada pair yang berlaku, kita akan mendapat bonus pairing ini.
Nota: Bonus pairing hanya akan mula dapat sekiranya kaki C sudah dibuka.

 

4. Matching Pairing Bonus

Jika ahli yang kita taja mendapat bonus pairing, maka kita akan mendapat beberapa peratus dari nilai bonusnya. Dan bonus inilah yang dikenali sebagai bonus matching pairing.

Bagi yang mendaftar dengan pakej Gold dan Solid Gold, hanya layak mendapat bonus setakat Level 1 sahaja.

Manakala yang mendaftar dengan pakej Super Power Gold, bonus diberikan sehingga Level 5.
Peratusan bonus matching pairing yang diberikan adalah seperti berikut:


5. Reward Point

Reward Point (RP) adalah agihan keuntungan syarikat kepada ahli dan stokis. Jumlah reward point bergantung kepada pakej yang diambil.

Bonus ini masuk sebanyak sen-sen sahaja setiap hari sehinggalah cukup amaunnya. Perlu diingatkan yang bonus ni hanya bermula apabila kita sudah menaja ahli yang pertama.

Yang mendaftar dengan pakej Gold, akan mendapat RP1 (RM500).
Pakej Solid Gold pula akan mendapat RP1 (RM500) dan RP3 (RM250).
Manakala pakej Super Power Gold akan mendapat RP1 (RM500) dan RP2 (RM1000).

6. Stockist Commision

Komisen ini khas untuk yang mendaftar sebagai stokis sahaja melalui pakej Super Power Gold. Tugas stokis adalah menguruskan pendaftaran ahli baru dan pembelian emas.

Bagi setiap pendaftaran baru, stokis akan diberikan upah key in data sebanyak RM10 jika pakej yang didaftarkan adalah pakej Gold dan Solid Gold. Jika pakej Super Power Gold didaftarkan, stokis akan mendapat bonus key in sebanyak RM100.

Untuk tugas key in belian emas pula, stokis akan mendapat RM2 bagi setiap gram.

Nota: Hanya stokis sahaja yang diberikan keistimewaan oleh syarikat untuk mendaftarkan ahli baru dan menguruskan pembelian emas. Jika ahli-ahli Powergold ingin membeli emas dan menaja orang baru, mereka perlu berurusan dengan stokis pilihan masing-masing.

Kesimpulan

Inilah bonus-bonus yang bakal anda nikmati bila mendaftar dengan Powergold. Stokis mendapat lebih banyak bonus kerana modal yang dikeluarkan juga lebih mahal.

Namun, kita harus ingat yang keahlian Powergold ini adalah untuk seumur hidup. Jadi, pilihlah pakej yang paling sesuai untuk anda.

Bagi yang bermula dengan pakej Gold dan Solid Gold, syarikat memberi anda masa sebanyak 4bulan untuk upgrade ke stokis. Jika upgrade dilakukan dalam tempoh tersebut, maka rangkaian anda yang sedia ada akan dikekalkan.

Jika terlepas tempoh tersebut, anda perlu membuka akaun baru.

Bagi yang betul-betul ingin memulakan bisnes emas sendiri dan mengembangkan rangkaian perniagaan Powergold, saya cadangkan untuk anda mendaftar sebagai stokis terus. InsyaAllah dengan usaha yang gigih, modal yang dikeluarkan akan beranak-pinak.

Siapa yang berusaha, dia yang dapat.

Powergold bukan skim cepat kaya. Powergold juga bukan skim duduk-duduk goyang kaki dapat duit.
Anda kena usaha untuk sedarkan orang ramai tentang kepentingan menyimpan emas.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di nombor ini: 013-7613044.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates