Thursday, July 09, 2015

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak kongsikan cara paling mudah untuk hilangkan kembung perut bayi. Teknik ini sama dapat dari nurse di Perancis. Anak kedua kami (Aneesa) dilahirkan di Perancis, masa musim sejuk pula tu. Hari dia lahir tu memang hari pertama salji turun di Toulouse. Sejuknya tu jangan cakaplah, memang menggigil-gigil badan.

Malam pertama lepas Aneesa lahir, Bonda yang temankan saya tidur. Suami pula di rumah dengan Ammar. Malam tu, Aneesa asyik nangis je tak mahu tidur. Sayaa dah tak tahu nak buat apa. Sebabnya masa Ammar dulu memang senang jaga. Dia asyik tidur je, sampaikan kena dikejutkan untuk menyusu.

Jadi bila dah buntu sangat tak tahu nak buat apa, saya pun panggillah nurse. Bercakaplah kami macam ayam dan itik, sebab saya tak reti cakap Perancis, nurse pula tak reti cakap Inggeris. Hihi.
Saya cuma tunjukkan Aneesa pada nurse. Dan nurse terus bukakan baju Aneesa dan periksa perut. Rupanya perut Aneesa dah kembung masuk angin. Memang nampak keras perutnya. Kenapa saya tak terfikir nak check sebelum panggil nurse? Sebab Ammar dulu tak pernah kembung perut. Huhu.

Teknik Hilangkan Kembung Perut Bayi

Nurse pun ajarkan cara mudah ini pada saya. Mula-mula, kita perlu gerak-gerakkan kaki bayi secara berselang-seli macam gaya orang tengah kayuh basikal. Buat berulang-ulang kali.

Seterusnya, luruskan kedua-dua kaki bayi dahulu dan kemudian tolak kedua-dua kaki rapat ke arah perut. (lutut rapat ke perut, untuk bagi punggung bayi terangkat)

Ulang langkah-langkah di atas beberapa kali. Dan tak lama lepas tu bayi akan terkentut-kentut.
Bila dah banyak kali kentut, memang bayi dah lega dah tu. InsyaAllah bayi boleh tidur lena selepas teknik urutan mudah ini.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates