Saturday, July 04, 2015

Assalamualaikum.

Walaupun bulan Ramadhan tinggal separuh lagi, tapi rasanya Mama nak coretkan di sini pengalaman berpuasa tahun ini. Sejak dah ada anak, ini kali pertama Mama berpuasa tanpa menyusukan anak. Sebab Aneesa dah berhenti menyusu badan sejak beberapa bulan yang lepas.

Bila dah tak ada menyusukan anak semasa tengah berpuasa, memang terasa kurang penatnya. Kalau dulu, bila dah petang je memang Mama tak larat dah. Rasa badan lemau sangat. Tapi kali ini, lepas solat Asar pun masih ada tenaga nak bersilat di dapur.

Alhamdulillah untuk setakat hari ini kami belum ke bazar lagi. Tak terasa pun nak pergi membeli di luar. Bukan sebab nak boikot penjual-penjual bazar, cumanya keinginan tu yang tak ada. Mama lebih selesa masak makanan sendiri. Menu berbuka kami biasa-biasa sahaja, kuih-muih pun tak ada tau. Rasanya masa bulan puasa inilah kita nak merasa keperitan orang-orang yang tak cukup duit untuk beli makanan.

Tapi rasanya sebelum Ramadhan ini berakhir, Mama nak jugalah merasa pergi ke bazar. Sekali atau dua kali pun cukuplah. Sekadar untuk merasa kemeriahannya sahaja. Lagipun dulu masa berpuasa di negara orang, memang geram tengok orang kongsikan juadah-juadah yang mereka beli.

Sebelum Mama terlupa, dalam bulan puasa ini ada satu memori kelakar untuk kami sekeluarga. Anda boleh baca di sini ye; Aneesa Dah Pandai Berdrama

Ok, sampai di sini sahaja. Selamat berpuasa untuk semua!

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates