Monday, July 13, 2015

Assalamualaikum.

Memasak untuk suami dan anak-anak memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau mereka berselera makan. Tapi proses memasak ini selalunya mengambil masa yang agak lama.

Banyak tips yang kita boleh ikut untuk cepat memasak di dapur. Tetapi kadang-kadang tu, memang mood malas nak memasak akan datang. Dalam saat-saat kritikal macam inilah frozen food sangat membantu!

Tips paling mudah yang boleh Mama boleh kongsikan adalah setiap kali memasak lauk, cuba masak lebih sedikit daripada jumlah yang kita akan makan. Sejukkan lebihan tersebut dan simpan dalam tempat peti sejuk beku. Jadi setiap malas memasak, kita dah ada lauk penyelamat. Cuma perlu dipanaskan sahaja.

Untuk menu sarapan atau minum petang pula, bolehlah buat stok frozen food seperti donut, karipap, popiah, nugget, dan sebagainya. Di bawah ini Mama kongsikan koleksi resepi frozen food yang kita boleh cuba.

1. Nugget Ayam Taufu (kredit: Jintan Manis)

Bahan-bahannya:
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs)
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nugget ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku.

2. Popiah Goreng (kredit: Jintan Manis)

Bahan-bahannya:
15 keping kulit popiah
150gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dgn isi ayam atau daging)
200gram tauge
1 biji telur
1/2 batang carrot
1/2 batang timun
1/2 cawan mix vegetable
2 ketul tauhu goreng
lada sulah
1/4 biji bawang besar
Cara-caranya
1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan carrot di hiris bentuk anak mancis, kira nipis-nipis lah, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang same, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung. Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dgn sedikit air ( seperti pes) untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini nanti.
4. letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Sedap dimakan panas-panas dan di cicah dengan sos cili ataupun sos cili manis thai, Selamat Mencuba.

3. Karipap (kredit: Izah Daut)

DOH KARIPAP
Bahan-bahannya :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam
 
Cara membuatnya :
Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
Tengah panas-pansa tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu
Dah sejuk sikit, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap!
 
INTI KARI AYAM DGN KELEDEK
Bahan-bahannya:
400gm daging ayam kisar
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak
 
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..
 
 
Cukuplah dulu untuk tiga resepi ini. Jom sama-sama kita buat stok frozen food di rumah. Kalau ada 'deep freezer' mesti lagi best kan. Macam-macam boleh buat. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates