Wednesday, May 17, 2017


Assalamualaikum.

Madu bukan sebarang madu. Saya bukan nak bercerita fasal Madu Tiga ye. Tapi nak kongsikan khasiat madu untuk kesihatan kita semua.

Abu Said al-Khudri ra. menceritakan :

“Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi saw. Seraya berkata yang bermaksud:
“Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut (memulas).”

Maka Rasulullah saw. pun bersabda yang bermaksud :
“Berilah dia minum madu.”

Maka lelaki itu pun memberi minum madu kepadanya. Kemudia dia (datang lagi lalu) berkata :
“Sesungguhnya saya telah memberi dia minum madu, tetapi dia semakin memulas sakit.”

Maka Rasullullah sekali lagi menyuruhnya memberi minum madu lagi.
Lelaki tadi (pulang dan) memberi minum lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa khabar yang sama sehingga Rasulullah saw. tetap bersabda seperti yang pertama pada kali ketiganya.

Tetapi lelaki tadi tetap datang kembali pada kali keempatnya dan Rasulullah tetap menyuruhnya memberikan madu.

Untuk kali kelimanya lelaki itu kembali lagi sambil berkata :
“Sungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi dia semakin memulas sakit.”

Mendengar demikian, Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
”Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau”.

Maka lelaki tadi (pulang) memberinya minum madu lagi, dan dia sembuh.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmizi, dan Ahmad]

Khasiat Madu

1. Penawar batuk dan gatal tekak
Untuk merawat masalah ini, kita cuma perlu campurkan air limau nipis ke dalam satu sudu madu, dan kemudian dimakan begitu sahaja. InsyaAllah batuk dan sakit tekak akan berkurangan.

2. Sebagai ubat luka
Untuk yang mengalami luka, boleh sapukan madu di tempat luka dan kemudian balut menggunakan kain yang bersih. Madu mempunyai sifat antibakteria.

3. Tambah berat badan
Bagi mereka yang terlalu kurus, mesti merasa risau dengan keadaan tersebut. Anda boleh amalkan meminum segelas susu yang dicampur dengan sesudu madu sebelum tidur malam. Dengan amalan ini, anda akan nyenyak tidur dan berasa sangat segar apabila bangun keesokan harinya.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates