Wednesday, May 17, 2017


Assalamualaikum.

Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sering dihadapi dan boleh mengurangkan tahap keyakinan diri seseorang. Tak kiralah sama ada yang mengalami masalah jerawat ini lelaki atau perempuan. Mesti akan ada rasa rendah diri kan?

Kalau nak diikutkan, memang banyak produk-produk yang dikatakan dapat merawat dan menghilangkan parut jerawat ini. Terpulang pada individu tu sendirilah nak pilih yang mana. Tapi kalau rasa nak mencuba petua lama, saya kongsikan di bawah ini ye. Silakan baca. ^_^

Mula-mula, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 45 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu. Jerawat pada wajah anda akan mengecut dan wajah anda tampak jelita.

Saya tak pernah cuba lagi petua ni, sebab saya tak ada masalah jerawat yang teruk. Cuma kadang-kadang bila datang bulan, akan muncullah dua tiga ketul jerawat di muka. Lagipun kalau sapu kunyit kat muka, tak ke kuning je jadi kulit muka nanti? Hehe. 

Ada ke yang berani nak cuba? Kalau dah cuba, kongsikanlah kesannya di sini nanti ye. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates