Thursday, July 02, 2015

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan buat semua. Semenjak masuk bulan Ramadhan, baru hari ini Mama kembali menulis di sini. Dalam bulan puasa ini, Mama rasa agak sukar untuk mencari masa menaip di depan laptop. Dan selepas dua minggu, akhirnya rentak berblogging kembali semula. Semoga ianya berterusan, InsyaAllah.

Semalam mencatatkan satu memori baru buat kami. Tengahari semalam, tiba-tiba sahaja Aneesa menangis semasa bermain dengan abangnya. Dia kata tangannya sakit, mungkin Ammar terhempap tangan Aneesa. Sebab masa itu mereka main agak lasak juga. Tapi Mama tak nampak depan mata sendiri apa yang berlaku pada tangan dia.

Mama pun pujuklah Aneesa, tapi dia tak mahu berhenti menangis dan nak Papa yang pujuk. Bila dah dipujuk, Aneesa pun tertidur. Tapi tidur dia tak lena. Kejap-kejap je menangis dan cakap "Sakit, sakit". Kami ingatkan dia cuma saja je berlakon sakit dan nanti bila dah bangun tidur, mesti dia dah lupa dah fasal peristiwa tu.

Tapi rupanya bila dah bangun, lagi kuat pula menangisnya. Tangan kanan yang dia kata sakit tu, memang dia tak mahu gunakan langsung. Suruh angkat tak nak, suruh pegang barang pun tak nak. Bila disentuh tangannya, dia menjerit. Masa ini kami pun dah keliru, Aneesa betul-betul sakit ataupun berlakon je ni?

Bila suami mandikan Aneesa, lagi bertambah kuat menangisnya. Dan akhirnya suami ambil keputusan untuk bawa ke hospital. Takut-takut kalau ada kecederaan dalaman yang tak nampak dengan mata kasar kami ini.

Selepas berbuka dan solat, kami pun perg ke Hospital Selayang. Bila jumpa doktor, Aneesa masih lagi menangis-nangis. Doktor pun pujuk dengan bagi coklat. Eh boleh pula dia ambil dengan tangan yang sakit tu!

Tapi doktor suruh juga bawa Aneesa untuk buat X-Ray. Masa tunggu giliran, Mama bukakan coklat tersebut dan bagi Aneesa makan. Elok je dia makan guna tangan yang konon-kononnya sakit tu. Mama pun tanya dia, "Adik, adik tak sakit pun kan?". Dan dia pun tersengih kat Mama.


Ya Allah, tak sangka budak kecil yang baru berumur 2 tahun 5 bulan pandai sangat berdrama. Selama berjam-jam dia boleh cakap yang tangan dia sakit sampai tak nak guna langsung tangan tu. Sampaikan kami pun percaya. Boleh tahan juga Aneesa ini.

Alhamdulillah, Aneesa tak ada apa-apa. Cuma selepas ini kami perlu lebih peka dengan 'pemainan' Cik Adik yang keletah ini.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates