Tips Rawat Demam Bayi Yang Ibubapa Perlu Tahu
Assalamualaikum.
Bila ada anak kecil, memang banyak benda yang kita perlu belajar. Antaranya adalah macam mana nak merawat bayi yang demam supaya tak sampai kena sawan tarik.
Demam merupakan hasil tindak balas normal badan terhadap jangkitan. Kita mungkin akan mula sedar yang anak demam bila badannya terasa panas dan anak sudah mula merengek dan meragam. Untuk kepastian, kita perlu memeriksa suhu anak dengan menggunakan termometer.
Suhu yang melebihi 37 darjah celcius dianggap sebagai demam. Seelok-eloknya, bawa anak berjumpa doktor untuk memastikan diagnosis yang sebenar. Jika sekadar demam panas biasa, anda boleh merawat sendiri demam bayi tersebut dengan cara-cara berikut;
Jika suhu anak masih lagi tinggi, anda mungkin perlu memberi anak makan ubat demam. Tetapi mestilah diberikan mengikut dos yang betul. InsyaAllah dengan jagaan yang rapi, anak kembali sihat seperti biasa.
Bila ada anak kecil, memang banyak benda yang kita perlu belajar. Antaranya adalah macam mana nak merawat bayi yang demam supaya tak sampai kena sawan tarik.
Demam merupakan hasil tindak balas normal badan terhadap jangkitan. Kita mungkin akan mula sedar yang anak demam bila badannya terasa panas dan anak sudah mula merengek dan meragam. Untuk kepastian, kita perlu memeriksa suhu anak dengan menggunakan termometer.
Suhu yang melebihi 37 darjah celcius dianggap sebagai demam. Seelok-eloknya, bawa anak berjumpa doktor untuk memastikan diagnosis yang sebenar. Jika sekadar demam panas biasa, anda boleh merawat sendiri demam bayi tersebut dengan cara-cara berikut;
1. Jangan pakaikan anak baju dan seluar
Biarkan anak sekadar memakai pampers sahaja. Ini bagi memastikan haba dari badan dapat dikeluarkan dengan baik. Di waktu malam pula, boleh pakaikan anak dengan baju lubang-lubang ataupun baju yang nipis sahaja.2. Jerlum kepala dan badan anak dengan air asam jawa
Bancuhkan asam jawa dengan air. Kemudian, basahkan tuala dengan air asam jawa dan jerlum kepala dan badan anak dengan tuala tersebut. Ulang langkah ini setiap kali tuala sudah hampir kering.3. Mandikan anak dengan Epsom Salt
Campur satu sudu besar Epsom salt dalam sebaldi air suam. Mandikan anak dengan air campuran tersebut.4. Pakaikan 'lemon socks'
Caranya amat mudah. Anda cuma perlu perahkan sebiji lemon ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit air suam. Basahkan stokin anak dengan air lemon dan pakaikan anak dengan stokin tersebut.5. Sentiasa periksa suhu badan anak
Periksa suhu badan anak setiap 2-3jam. Pada waktu malam, pastikan bergilir-gilir tidur antara suami dan isteri untuk memastikan suhu badan anak terkawal.Jika suhu anak masih lagi tinggi, anda mungkin perlu memberi anak makan ubat demam. Tetapi mestilah diberikan mengikut dos yang betul. InsyaAllah dengan jagaan yang rapi, anak kembali sihat seperti biasa.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)