Saturday, July 25, 2015

Assalamualaikum.

Kalau cakap fasal raya, rasanya memang budak-budaklah yang paling gembira. Apa yang diorang tahu, dapat main bunga api, dapat baju baru, dan dapat duit raya.

Ammar sebelum ini macam tak berapa faham lagi keseronokan beraya. Tahun ini dia dah besar sikit, barulah dia faham. Dan sekarang dia dah nak main bunga api. Tengok ajelah betapa gembiranya dia dapat main bunga api.



Yang di atas ni gambar di rumah Bonda. Seronok dapat main bersama dengan sepupu, Nadzmi.
Yang di bawah ini pula gambar di rumah mertua. Kali ini bertambah meriah, sebab main sekali dengan empat orang sepupu yang lain.



Aneesa belum berani lagi nak main bunga api, jadi dia cuma jadi pemerhati sahaja. Mungkin tahun depan dia pula akan join main bersama.

Tapi adik kecil pandai bab duit raya. Dia sibuk nak pegang duit raya sendiri. Bila ditanya nak guna duit beli apa, dijawabnya nak beli baju raya! Hihi, apa-apa sajelah dik non.

Ok la, Mama mengantuk malam ni. Tak larat nak menulis panjang-panjang. Selamat beraya ye semua!




Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates