Friday, July 10, 2015

Assalamualaikum.

Sweet tak tajuk entri ni? Hihi. Sebenarnya tak kisahlah samaada senang atau susah pun bersalin, selalunya si ibu tak akan serik untuk beranak lagi. Sejurus melahirkan mungkin dia akan cakap dah serik, tapi bila anak dah besar sikit, mulalah rasa nak ada baby lagi.

Setakat ini Mama dah melalui dua proses melahirkan anak. Yang pertama, memang susah sangat sebab Mama tak ambil tahu tentang proses kelahiran bayi. Anda boleh baca sendiri kesan 'bodoh sombong' Mama dalam entri Pengalaman Bersalin Yang Pertama. Dan kemudian bandingkan dengan Pengalaman Bersalin di Negara Orang (Part 01 dan Part 02). Mama harap anda semua tak ulang balik kesilapan Mama yang culas untuk ambil tahu fasal ilmu kelahiran.

Ok cukup dulu fasal proses melahirkan. Dan sekarang kita pergi pula kepada perkara-perkara yang boleh kita lakukan sepanjang kehamilan untuk memudahkan bersalin. Jujurnya, ada beberapa tips ini yang Mama tak buat semasa proses kehamilan sebelum ini. InsyaAllah untuk yang seterusnya, akan cuba praktikkan apa yang ada di sini.


Tips dan Petua Mudah Bersalin

1. Urutan Perineum

Anda sudah boleh memulakan urutan perineum ini bermula pada minggu ke-34. Urutan ini dibuat pada bahagian dubur dan faraj. Caranya, letakkan sedikit minyak kelapa dara atau minyak zaitun pada ibu jari. Kemudian masukkan ibu jari ke bahagian dalam vagina, lingkungan 1-1.5 inci. Gerakkan ibu jari dalam bentuk U sambil memberi sedikit tekanan pada otot di bahagian situ. Buat selama 5 minit, dan lakukan setiap hari.
Urutan ini akan mengurangkan risiko koyak semasa bersalin.

2. Senaman kegel

Senaman ini untuk menjadikan otot vagina lebih kenyal. Ini akan meyebabkan otot vagina mudah mengembang semasa proses melahirkan. Caranya mudah sahaja. Semasa tenagh kencing, cuba tahan air kencing dari keluar selama 10saat. Dan selepas itu barulah dilepaskan baki air kencing.

3. Banyakkan bergerak

Di akhir kehamilan, banyakkan berjalan untuk membantu 'membuka jalan'. Jangan asyik baring dan tidur sahaja di waktu-waktu akhir ini. Elok juga jika anda banyakkan berjalan itik. Ataupun sambil mandi, ambil masa untuk cuci tandas sambil mencangkung.

4. Kerap bersama suami

Banyakkan aktiviti suami-isteri (persetubuhan) di fasa akhir kehamilan. Air mani akan merembeskan sejenis hormon yang menyebabkan kontraksi.

5. Doa Nabi Yunus

Sentiasa amalkan membaca doa Nabi Yunus sepanjang proses kehamilan. Doanya adalah seperti ini;
“Laa ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minaz zolimin”
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates