Friday, July 31, 2015



Assalamualaikum.

Bila hujung bulan je, ramai yang mengeluh duit tak cukup sementara nak tunggu duit gaji masuk. Masing-masing terpaksa ikat perut sementara tunggu poket penuh semula.

Dulu-dulu, Mama pun tak ambil kisah sangat fasal duit belanja dapur rumah ini. Semuanya suami yang uruskan.

Sehinggalah bila dah masuk zaman GST, baru Mama masuk campur urusan duit belanja dapur. Sebab memang terasa bebannya. Peliklah kalau ada yang kata dia rasa sama je zaman sebelum GST dan selepas GST. Huhu.

Jadi apa yang kami buat untuk uruskan duit belanja dapur ni? Jom teruskan baca.

Tips Urus Duit Belanja Dapur

1. Mula-mula kami tulis berapa duit gaji/biasiswa yang dapat setiap bulan. Kemudian kami senaraikan perbelanjaan tetap dahulu, iaitu perkara-perkara yang perlu dibayar/diberi/disimpan setiap bulan.

2. Kemudian dari bakinya, barulah kami letakkan berapa bajet yang boleh digunakan untuk belanja dapur. Setelah dibuat kira-kira, sebanyak RM### boleh digunakan untuk sebulan.

3. Langkah ketiga, Mama senaraikan barang-barang yang perlu dibeli setiap bulan dan berapa anggarannya. Dari sini kami boleh nampak apa barang yang penting dan apa yang tak. Memang banyak benda perlu dipotong selepas zaman GST ni. Hihi. =P

4. Setiap kali gaji, suami akan keluarkan terus total bajet untuk belanja dapur dan serahkan pada Mama. Mama letak duit tersebut pada bahagian khas dalam purse (tak bercampur dengan duit sendiri).

5. Setiap kali beli barang, kami akan bayar guna duit tersebut sahaja. Kalau suami keluar seorang diri dan ada beli barang yang sepatutnya menggunakan duit belanja dapur, Mama akan ganti balik duit tersebut.


6. Pada akhir bulan, selalunya akan ada duit baki sedikit. Dan duit baki ini kami masukkan dalam tabung-tabung khas untuk tujuan-tujuaan tertentu. Yang ini Mama akan kongsikan nanti ye.

7. Bagi yang ikut tips ini tapi duit bajetnya dah habis sebelum gaji baru masuk, Mama cadangkan agar anda selongkar dapur untuk cari bahan-bahan yang boleh dimasak. InsyaAllah, pasti ada barang-barang kering yang boleh dimasak untuk mengisi perut. Kalau tak ada juga, terpaksalah ikat perut sekejap. =(

Mama harap perkongsian ringkas ini dapat membantu ramai lagi insan-insan di luar sana untuk mengawal perbelanjaan. Jom kita usaha sama-sama untuk tambah pendapatan juga, OK?
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, bolehlah klik button share di bawah. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates