Cara Tangkap Cicak Paling Mudah Dan Gerenti Berkesan
Assalamualaikum.
Rumah sewa kami ni memang banyak cicak. Jadi tahi cicak tu memang selalu je nampak bertepek-tepek. Tapi Mama masih boleh bersabar lagi.
Tapi lepas je balik dari raya hari tu, memang geram tengok tahi cicak yang banyak sangat! Sebab kami tinggalkan rumah agak lama juga.
Yang paling Mama geram dengan cicak dalam kabinet di bawah sinki, punyalah besar cicak tu. Tahinya pun besar-besar. Geli!
Bila dah sampai tahap macam ni, Mama terfikir apalah cara terbaik nak tangkap cicak ni ye?
Mama hanya terfikir je, tapi bila buka Facebook terus ada video fasal tips tangkap cicak muncul di timeline. Nampak tak permainannya tu? Baru je terfikir, tapi terus dapat jawapannya.
Mama pun terus tag Cik Abang pada video tersebut. Lepas je dia tengok, dia pun terus tampal selotape di dapur.
Alhamdulillah, setakat hari ni dah dapat tiga ekor! Tak sabar nak tunggu cicak besar tu melekat. Lepas ini bersihlah rumah dari tahi-tahi cicak.
Bagi yang ada masalah cicak di rumah, bolehlah cuba cara ini ye. Semoga bermanfaat!
Salam sayang dari MamaBard,
Rumah sewa kami ni memang banyak cicak. Jadi tahi cicak tu memang selalu je nampak bertepek-tepek. Tapi Mama masih boleh bersabar lagi.
Tapi lepas je balik dari raya hari tu, memang geram tengok tahi cicak yang banyak sangat! Sebab kami tinggalkan rumah agak lama juga.
Yang paling Mama geram dengan cicak dalam kabinet di bawah sinki, punyalah besar cicak tu. Tahinya pun besar-besar. Geli!
Bila dah sampai tahap macam ni, Mama terfikir apalah cara terbaik nak tangkap cicak ni ye?
Mama hanya terfikir je, tapi bila buka Facebook terus ada video fasal tips tangkap cicak muncul di timeline. Nampak tak permainannya tu? Baru je terfikir, tapi terus dapat jawapannya.
Cara Tangkap Cicak Dengan Mudah
Cara yang ditunjukkan dalam video tu sangat mudah. Cuma perlu lekatkan selotape secara terbalik. Kiranya yang bahagian melekit-lekit tu di bahagian luar. Tampal di tempat-tempat yang selalu nampak cicak berkeliaran.Mama pun terus tag Cik Abang pada video tersebut. Lepas je dia tengok, dia pun terus tampal selotape di dapur.
Alhamdulillah, setakat hari ni dah dapat tiga ekor! Tak sabar nak tunggu cicak besar tu melekat. Lepas ini bersihlah rumah dari tahi-tahi cicak.
Bagi yang ada masalah cicak di rumah, bolehlah cuba cara ini ye. Semoga bermanfaat!
Salam sayang dari MamaBard,
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)