Pertama Kali Buat Biskut Raya
Assalamualaikum.
Sejak dah lima tahun kahwin ni, tahun ini baru kali pertama Mama buat biskut raya sendiri. Dulu masa bujang, memanglah ada tolong-tolong Bonda buat biskut raya. Bila dah kahwin dan menetap di luar negara, memang Mama tak ada buat.
Tahun lepas pun tak ada buat sendiri walaupun dah balik Malaysia. Tiba-tiba tahun ini Cik Abang suruh buat biskut sendiri pula. Haa, masa tu barulah Mama sibuk mencari resepi-resepi biskut yang nak dibuat.
Mula-mula kami buat biskut choc chips. Itupun dah nak akhir-khir puasa baru buat. Lepastu Bonda suruh balik rumahnya awal pula untuk tolong buat biskut raya. Jadi kami sambung buat biskut di rumah Bonda. Dapatlah tambah lagi dua jenis biskut, iaitu biskut semperit dan biskut sarang semut.
Kira OK la tu kan walaupun cuma tiga jenis biskut je? Hihi. Kiranya inilah pengalaman pertama Mama buat biskut sendiri untuk juadah raya. Alhamdulillah, ada juga la untuk tetamu menjamu selera.
Tahun depan kena buat dari awal puasa lagi. Barulah boleh buat banyak sikit. Anda pula macam mana, ada buat biskut raya tak?

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)