Cara Atasi Morning Sickness Agar Ibu Tetap Ceria Semasa Hamil
Assalamualaikum.
Perkara biasa bagi setiap ibu mengandung adalah morning sickness. Boleh dikatakan setiap ibu mengandung akan kena morning sickness, walaupun ada juga yang tak mengalaminya langsung.
Ada yang kena teruk sampaikan badan jadi lemah tak bermaya, dan ada juga yang kena sekadar biasa-biasa sahaja. Mama alami yang biasa-biasa itu saja. Cuma tak boleh nak hidu bau nasi yang dimasak, bauu badan suami, dan bau tumisan. Yang lain-lain Alhamdulillah OK. Muntah dan loya pun sesekali sahaja.

Apa Itu Morning Sickness?
Morning sickness adalah rasa loya dan muntah-muntah yang dialami oleh ibu mengandung, terutamanya di trimester pertama. Morning sickness mungkin bermula pada minggu ke-6 dan hilang sekitar minggu ke-12 kehamilan. Tetapi ada juga orang yang mengalaminya sehingga ke ahir kehamilan.Penyebab Morning Sickness
Rasa loya dan muntah ini mungkin disebabkan oleh;- Kehadiran hormon hcG yang meningkat semasa kehamilan. Hormon ini menyebabkan pening dan muntah-muntah pada ibu hamil.
- Peningkatan hormon estrogen di awal kehamilan.
- Deria rasa dan bau ibu hamil menjadi lebih sensitif.
Cara Atasi Morning Sickness
Morning sickness ini memang mengganggu aktiviti seharian ibu hamil. Ianya bukan setakat berlaku di waktu pagi sahaja, malahan pada waktu-waktu lain juga boleh berlaku. Antara tips yang boleh digunakan untuk atasi morning sickness ialah;- Elakkan makan sekali banyak dalam satu-satu masa. Seeloknya makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
- Elakkan makanan pedas dan berminyak, kerana makanan seperti ini akan menyebabkan ketidakselesaan perut.
- Sentiasa bawa bekalan kudapan ke mana-mana untuk mengelakkan perut masuk angin jika terlambat makan. Antaranya yang boleh disediakan adalah biskut kering, kekacang, dan kurma.
- Hisap gula-gula berangin (halia/peppermint) untuk hilangkan loya.
- Sediakan asam untuk digunakan bagi mengelak rasa loya.
- Pastikan minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Ini kerana muntah akan menyebabkan ibu hamil kehilangan bendali badan. Ini berbahaya untuk ibu dan juga bayi.
- Elakkan bau-bauan atau wangian yang menyebabkan mual dan loya.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)