Thursday, July 16, 2015




Assalamualaikum.

Rasanya semua orang tahu yang air sangat penting untuk badan kita dan kita perlu minum air yang cukup setiap hari untuk elakkan dari terdehidrasi. Tapi tak ramai yang mampu untuk minum air yang mencukupi setiap hari.

Emak saya pun ada masalah ini. Dia sangat susah nak minum air banyak-banyak setiap hari. Dan sehinggalah baru-baru ini dia ada masalah kesihatan yang agak teruk. Setelah dinasihatkan untuk minum air banyak tiap-tiap hari, barulah kesihatannya bertambah baik.

Berapa Liter Air Kena Minum?

Kalau tengok dalam iklan, selalunya dicadangkan untuk minum 8 gelas air sehari. Tapi sebenarnya, jumlah air yang perlu diminum bergantung pada berat badan seseorang. Perkiraan mudahnya adalah 1L air untuk setiap 25kg berat badan.

Misal kata berat si A adalah 50kg, maka dia perlu minum 2L air sehari. Dan si B pula mempunyai berat badan 75kg, maka dia perlu minum 3L air sehari.

Tips Pastikan Minum Air Cukup

Bila kita dah tahu berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari, barulah kita boleh cari botol air yang sesuai.

Bahagikan jumlah air yang perlu diminum kepada beberapa julat masa. Tandakan julat tersebut pada botol. Dan selepas itu pastikan anda minum air sehingga ke tahap yang dah ditetapkan tadi.
Untuk lebih faham, boleh rujuk gambar di bawah ini.



Semoga tips mudah ini dapat bantu kita semua untuk minum air mencukupi setiap hari. InsyaAllah.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates