Saturday, July 18, 2015

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat lagi untuk Mama ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Harap dimaafkan jika ada sebarang penulisan di blog ini yang mengguris hati sesiapa.

Alhamdulillah, tahun ini raya kami berjalan lancar. Sejak Sabtu lepas lagi Mama sudah balik ke rumah Bonda, sebab Bonda nak suruh tolong buatkan biskut raya. Dapatlah kami buat tiga jenis biskut raya. Hihi.


Kali ini memang giliran untuk beraya di belah Mama. Dan Uda kami pun giliran beraya di sini. Lepas solat raya, barulah kami gerak ke Melaka (kampung Bonda). Di sana kami beraya di lima buah rumah. Dan kemudian terus bergerak balik semula ke rumah Bonda.

InsyaAllah esok mungkin kami akan bergerak ke Behrang pula, iaitu rumah belah suami. Nak beraya puas-puas dulu, kemudian barulah Mama fokus balik pada blog ini, dan suami pula fokus semula pada urusan phd-nya.

Apa pula cerita raya anda?

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates