Tips Menyusukan Bayi Di Awal Kelahiran
Assalamualaikum.
Ibu-ibu yang baru melahirkan selalunya akan merasa kekok bila pertama kali ingin menyusukan bayi. Mama pun begitu juga masa baru melahirkan Ammar. Memang tak tahu langsung macam mana nak buat. Tapi nasib baiklah ada nurse yang membantu.
Alhamdulillah bila dah dapat Aneesa pula, lebih mudah untuk menyusukan sebab dah ada pengalaman. Jadi untuk entri kali ini Mama nak kongsikan dengan semua tips menyusukan bayi di awal kelahiran.
Tapi kalau yang datang asyik cakap 'baby tak cukup susu tu, tu yang asyik nangis'. Haa masa ini mungkin kita juga akan goyah pendirian dan terus suapkan susu formula pada bayi.
Namun pendirian kita tetap, InsyaAllah tak akan 'goyang' dengan kata-kata mereka.
Jadi semasa dalam tempoh kehamilan, berceritalah pada suami kenapa kita nak menyusukan anak sepenuhnya. Katakan padanya yang kita perlukan sokongan dari dia semasa dalam proses tersebut.
InsyaAllah bila dia faham, dia akan bantu kita sebaik sahaja bayi lahir nanti.
Bagi yang bersalin secara pembedahan juga, luka di perut mungkin menyukarkan kita untuk menyusukan dalam posisi duduk.
Jadi yang terbaik adalah menyusukan dalam posisi baring. Caranya, anda mengriring ke sebelah kiri/kanan. Letakkan bantal di belakang badan untuk kita bersandar. Kepala bayi pula di atas celah ketiak kita.
Dengan cara ini, kita akan mudah untuk menyusukan bayi tanpa memberi tekanan pada luka bersalin. Kalau ada orang yang bantu untuk letakkan bantal di belakang dan bayi ditangan kita, itu lebih baik!
Ini akan membuatkan puting payudara lebih ke hadapan dan mudah untuk bayi menghisapnya.
Selalunya bayi akan tetap menyusu jika diberikan. Kekerapan penyusuan ini penting untuk menambahkan penghasilan susu badan. Ianya juga elok untuk mengelakkan bayi dari terkena jaundis.
Mama harap agar tips-tips ini dapat membantu ibu-ibu baru menyusukan bayi mereka sebaik sahaja bayi dilahirkan. InsyaAllah.
Ibu-ibu yang baru melahirkan selalunya akan merasa kekok bila pertama kali ingin menyusukan bayi. Mama pun begitu juga masa baru melahirkan Ammar. Memang tak tahu langsung macam mana nak buat. Tapi nasib baiklah ada nurse yang membantu.
Alhamdulillah bila dah dapat Aneesa pula, lebih mudah untuk menyusukan sebab dah ada pengalaman. Jadi untuk entri kali ini Mama nak kongsikan dengan semua tips menyusukan bayi di awal kelahiran.
Tips Menyusukan Bayi Semasa Dalam Pantang
1. Cari Ilmu Penyusuan Secukupnya
Perkara ini perlu dibuat sebelum bayi dilahirkan. Dengan membaca entri ini juga bermakna anda tengah menambah ilmu tentang penyusuan. Tapi tambahkan lagi ilmu dengan membaca buku berkaitan penyusuan, majalah-majalah yang berkaitan, dan sebagainya.2. Berniat dan Berazam untuk Menyusukan Bayi
Anda kena tetapkan pendirian untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Bila bayi dah lahir, ramai yang akan datang memberikan pelbagai pendapat dan nasihat pada kita. Kalau yang datang adalah mereka yang pro-breastfeeding, Alhamdulillah.Tapi kalau yang datang asyik cakap 'baby tak cukup susu tu, tu yang asyik nangis'. Haa masa ini mungkin kita juga akan goyah pendirian dan terus suapkan susu formula pada bayi.
Namun pendirian kita tetap, InsyaAllah tak akan 'goyang' dengan kata-kata mereka.
3. Beri Kefahaman Kepada Suami
Ramai ibu yang nak menyusukan bayi, tapi suami mereka pula tak memberi sokongan. Suami tak beri sokongan mungkin kerana dia tak tahu istimewanya susu ibu. Jadi, tuga kita adalah untuk baut dia faham.Jadi semasa dalam tempoh kehamilan, berceritalah pada suami kenapa kita nak menyusukan anak sepenuhnya. Katakan padanya yang kita perlukan sokongan dari dia semasa dalam proses tersebut.
InsyaAllah bila dia faham, dia akan bantu kita sebaik sahaja bayi lahir nanti.
4. Posisi Menyusukan Yang Selesa
Selepas sahaja bersalin, kita mungkin tak selesa untuk menyusukan bayi dalam keadaan duduk. Ini kerana bagi yang bersalin normal dan ada luka episiotomi, kita akan merasa tekanan pada tempat luka bila duduk.Bagi yang bersalin secara pembedahan juga, luka di perut mungkin menyukarkan kita untuk menyusukan dalam posisi duduk.
Jadi yang terbaik adalah menyusukan dalam posisi baring. Caranya, anda mengriring ke sebelah kiri/kanan. Letakkan bantal di belakang badan untuk kita bersandar. Kepala bayi pula di atas celah ketiak kita.
Dengan cara ini, kita akan mudah untuk menyusukan bayi tanpa memberi tekanan pada luka bersalin. Kalau ada orang yang bantu untuk letakkan bantal di belakang dan bayi ditangan kita, itu lebih baik!
5. Cara Lekapan (Latch) Yang Betul
Cara 'latching' yang betul adalah penting untuk pastikan bayi dapat menghisap susu dengan baik. Anda perlu gunakanibu jari dan jari telunjuk, dan buatkan bentuk 'C'. Kemudian, tekap payudara dari bahagian bawah dan tekan ke tengah.Ini akan membuatkan puting payudara lebih ke hadapan dan mudah untuk bayi menghisapnya.
6. Kerap Menyusukan Bayi
Anda perlu kerap menyusukan bayi, iaitu setiap 2 jam sekali. Kerja bayi memang asyik tidur sahaja. Jadi jika dalam masa dua jam bayi masih belum menangis untuk menyusu, kejutkan dan cuba juga susukan.Selalunya bayi akan tetap menyusu jika diberikan. Kekerapan penyusuan ini penting untuk menambahkan penghasilan susu badan. Ianya juga elok untuk mengelakkan bayi dari terkena jaundis.
Mama harap agar tips-tips ini dapat membantu ibu-ibu baru menyusukan bayi mereka sebaik sahaja bayi dilahirkan. InsyaAllah.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)